Events By: SGMS Faida November 20, 2018 @ 5:12pm

Keputusan UPSR, PPSR Keluar 29 November

Semakan keputusan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam boleh dibuat bermula 29 November ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata calon terlibat boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula 10 pagi atau menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

“ Perkhidmatan talian tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 29 Nov dan akan ditamatkan pada 6 petang, 8 Dis. Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan keputusan UPSR dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di laman Ip.moe.gov.my.

PPSR merupakan dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau PASR bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. -BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022
Events Fri, 24 Jun 2022

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Wah! Mesti ramai sayap-sayap Wings yang tak sabar nak pergi konsert kan 😍

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Tahniah! Tuanku Najihah Nama Bayi Sulung Sarimah Ibrahim

Dalam entri sama, beliau memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan wajah anaknya selepas 12 jam dilahirkan.

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Sun, 5 Dec 2021

Kejam! Kanak-kanak 5 Tahun Maut Didera Ibu Kandung Dan Bapa Tiri

Sepasang suami isteri ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut akibat didera di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri, Johor. Memetik laporan The Star, kanak-kanak yang […]

Featured Thu, 4 Apr 2024

Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Allahuakbar! Geramnyaaaa dengar bila Bella cakap Ruhainies buat-buat terkejut😡😡😡

Featured Wed, 20 Jul 2022

Tular Orang Awam Dakwa Jumpa Zalina Azman, Pihak Polis Sahkan Tiada Sebarang Laporan Dibuat

Pihak polis bagaimanapun akan meneliti video rakaman cctv di kawasan terbabit. Semoga urusan pencarian Zalina dipermudahkan.