LIFESTYLE By: SGMS Enal March 24, 2019 @ 4:59pm

Kesalahan Bil Elektrik Melambung Tinggi Sebab Guna Aircond

Bila cuaca panas, pastinya orang ramai akan lebih suka duduk di rumah atau ditempat yang berhawa dingin. Malah dalam satu kajian yang dilakukan jumlah penggunaan penghawa dingin telah meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun.

Namun, sedarkah anda cara penggunakan penghawa dingin itu mungkin salah? Dan kesalahan itu akan menyebabkan bil elektrik anda melambung tinggi.

Seorang pengguna laman sosial Facebook  Fadlie Idris telah berkongsi cara dan penjelasan bagaimana cara penggunakan penghawa dingin yang betul. Kata Fazlie :

Bab Aircond Ni Memang Ramai Yang Salah Cara Penggunaan.

Yang mana aircond ialah penyumbang pada kadar bil elektrik yang tinggi. Ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu dari penggunaan aircond.

Pertama, beli air cond pada HP (Horsepower) yang mencukupi.

Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je.

Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.

Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.

Kedua, gunakan aircond yang ada teknologi inverter.

Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik.

Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering maybe boleh explain further pasal ni. Bagi yang guna inverter ni, tak payah la nak gatal on off aircond tu kerap sangat.

Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.

Graf Ni Menunjukkan peranan inverter untuk menstabilkan penggunaan elektrik (Gambar : Google)

Ketiga, setkan aircond pada cara yang betul, yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat.

Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu, let say 23 deg C.. kipas set level 2 out of 4.

Lepas tu biar je sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (cth: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (cth level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30minit ke 45minit.

Lepas tu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur.. kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on.

So kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama dah boleh maintain. So kalau kita set aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, kmpresor akan kerja lebih.

Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.

Keempat, jangan selalu on dan off, ini biasa berlaku bila tidur.

Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik.. ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.

Kelima, service air cond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.

Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun.

Dah keluar kos yang bukan-bukan. Kalau dah terlalu lama tak service, aircond boleh rosak. Dah kene keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.

Sumber : Fazlie Idris Jabatan Meteorologi Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 17 Aug 2019

Waa… Sekarang Boleh Riadah Di Stadium Bukit Jalil Hujung Minggu

Untungnya siapa yang duduk berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil

LIFESTYLE Tue, 14 Jan 2020

Kencing Berbuih Merupakan Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Tahukah Anda Yang Proteinuria Atau Kencing Berbuih Merupakan Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

LIFESTYLE Wed, 21 Mar 2018

Kopi Penawar Buat Anda Yang Ada Selulit

Tak sangka ye kopi dapat membantu anda yang menagalami selulit

LIFESTYLE Sat, 29 Jun 2019

Bahaya Simpan Makanan Dimasak Dalam Peti Sejuk Lebih Dari Empat Hari

jangan kerana sayang nak membazir kesihatan sendiri diabaikan

Fab Foodies! Fri, 1 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Perap ayam dengan kesemua bahan, tambah sedikit garam dan lada. Biarkan selama 30 minit & bakar pada suhu 180 selama 20 minit sehingga masak. Siap!

LIFESTYLE Fri, 27 Dec 2019

最近三个月的投资运势发展如何?

要累积财富,不能靠上班赚的死薪水;但投资有赚有赔,又觉得怕怕的不敢投资?

LIFESTYLE Wed, 20 Mar 2019

地球上12间「美到会让你忘记吃饭」的极致美景餐厅

地球上有非常多美丽的地方值得我们一生中至少要去过一次,如果还能一边享受美食、一边欣赏眼前的美景,这将会是一场令人难忘的视觉与味觉飨宴。

LIFESTYLE Sat, 28 Apr 2018

10项首投族「你一定要知道的事!」

随着国会4月7日解散,选委会宣佈第14届大选投票日将落在5月9日。在本届大选中,有超过197万个选民都是首次参与投票的「首投族」。在投票时,到底有哪些事项是要注意的呢?

LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

LIFESTYLE Wed, 23 Oct 2019

Jangan Guna Semula Botol Air Plastik Kerana Undang Bahaya

Ada di antara kita yang mempunyai tabiat menyimpan setiap botol air yang dibeli dan menggunakannya kembali. Botol tersebut hanya perlu dibasuh bersih dan diisi dengan air kosong yang telah dimasak, lalu disimpan di dalam peti […]