LIFESTYLE By: SGMS Putri April 5, 2018 @ 2:06pm

Ketagihan Bermain Permainan Video Merupakan Satu Penyakit – WHO

Ketagihan permainan video sememangnya semakin serius sejak kebelakangan ini. Ramai di antara kita yang menganggap bermian permainan video selama 5 ke 6 jam sehari itu adalah normal. Namun pada hakikatnya, ia mungkin tidak. Menurut laporan CBC, ketagihan untuk bermain permainan video kini adalah merupakan salah satu masalah kesihatan. Perkara ini disahkan oleh Lisa Pont, pekerja sosial di Pusat Ketagihan dan Kesihatan Mental di Toronto.

Beliau berkata, pihak Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengambil keputusan untuk mengumumkan ketagihan bermain permainan video ini sebagai satu wabak penyakit dalam draf Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD) bagi semakan ke-11 pada awal tahun ini. Ketagihan ini dijangka akan diumumkan sebagai masalah kesihatan terbaru secara rasmi oleh WHO dalam masa dua bulan lagi.

Bagi seseorang manusia untuk disahkan sebagai seorang penghidap penyakit ini, gaya kehidupan mereka perlu dinilai selama lebih kurang 12 bulan oleh kenalan terdekat seperti keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan.

Sekiranya seseorang itu akan memberi keutamaan untuk bermain permainan video berbanding perkara lain seperti kurangnya masa pergaulan, melakukan riadah atau lebih teruk lagi sehingga mengabaikan tahap kesihatan diri  sebagai contoh, tidak tidur atau makan dan minum, maka mereka perlulah di bawa untuk melalukan pemeriksaan kesihatan.

Menurut Prof. Jeffrey Derevensky, pensyarah Universiti McGill, Kanada yang terlibat secara langsung bersama WHO dalam perkara ini memberitahu, beliau menerima sekurang-kurangnya satu panggilan telefon daripada ibu bapa kepada kanak-kanak atau remaja yang mempunyai masalah ketagihan kepada permainan video dalam setiap dua minggu. Ini menunjukkan masalah ini bukan lagi sesuatu yang boleh diambil ringan oleh semua pihak.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022
Fab Foodies! Wed, 15 Aug 2018

3 Kebaikan Sayur Labu Kuning

Tahukah anda bahawa labu kuning juga memiliki sejuta kebaikan untuk kesihatan.

TECH Wed, 18 Jul 2018

Bocoran Imej Memperlihatkan Panel Hadapan iPhone 2018

Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangan iPhone 2018, foto yang baru tertiris ini mungkin boleh mengubat kerinduan. Foto menunjukkan tiga keping panel hadapan itu didakwa akan dipasang pada model-model iPhone keluaran tahun ini. Kelihatan rekaan takuk masih […]

FESYEN Thu, 8 Aug 2019
Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

Bagaimana Nak Elak Cirit Birit Di Musim Perayaan? Ikuti Tips Ini!

Bila juadah raya terhidang depan mata, habis korang ‘balun’ tanpa rasa bersalah kan? Maklumlah, dah sebulan menahan lapar dan dahaga, waktu berayalah korang balas-dendam makan sampai kenyang kan! Bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam […]

Featured Fri, 3 Mar 2023

Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

‘Sekarang baru kau nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia lebih bagus’ – Shuhada