Gula-gula, cokelat atau sebarang snek manis memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Ada pula yang sampai memberontak terbaring dilantai-lantai pasaraya kerana hanya inginkan gula-gula yang dijual dikiosk berhampiran.
Terdapat dua jenis gula; yang pertama adalah gula semulajadi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan madu. Kedua, gula tambahan iaitu gula yang ditambah kedalam makanan atau minuman samada semasa diproses, dimasak atau secara terus. Gula tambahan ini juga berasal daripada sumber semulajadi tumbuhan atau haiwan.
Gula tambahan yang paling selalu kita dengar adalah, Sucrose, Corn Syrup Solid dan Glucose Syrup Solids. Kenapa perlu dihadkan pengambilan gula tambahan ini kepada anak-anak?
- Pengambilan gula berlebihan dalam jangkamasa panjang boleh meningkatkan berat badan dan penyebab obesiti. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila kurangkan aktiviti fizikal dan diet harian yang tinggi lemak.
- Gula pembentuk karies gigi. Kementerian Kesihatan merekodkan kadar karies gigi meningkat setiap tahun.
- Masalah kelakuan seperti panas baran dan hilang daya tumpuan
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Sakit jantung
MEMORI MANIS SEHINGGA KE AKHIR HAYAT
(Sape ada anak moleklah baca dan ambil iktibar)
Susah gila kan nak mula pantang gula
Sudah tentu sangat sukar
Awal-awal saya diet tanpa gula 7 tahun lepas
– Kepala berat dan berdenyut-denyut.
– Loya, sakit perut, perut berbunyi, kejap sembelit..kejap cirit.
– Nafas berbau..jerawat tumbuh banyak. Kulit jadi kusam.
– Mood macam orang lepas bersalin. Habis semua staf kat klinik kesihatan tu kena tempias err..sori
– Susah tidur, macam-macam fikir.
– Rambut pun gugur juga.