Fab Foodies! By: SGMS Enal October 30, 2018 @ 1:46pm

Khasiat Ginseng Yang Perlu Tahu

Apakah itu ginseng? Ginseng adalah perkataan yang berasal dari bahasa Cina iaitu rénshēn  yang bermaksud ‘akar tumbuhan berbentuk manusia’ di mana sejenis tumbuhan herba yang hidup lama (perennial plant) dan tergolong dalam genus panax dalam keluarga Araliaceae dan juga dalam keluarga talinum, tumbuh renek dan sesuai membesar di kawasan yang mempunyai iklim sejuk dan sub-tropika. Akarnya seolah-olah kaki manusia dan dijadikan tonic untuk manfaat manusia. Negara China, Jepun dan Korea adalah negara paling ramai menggunakan herba ini dalam diet mereka. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis ginseng yang wujud di seluruh dunia.
Image result for ginseng
 
GINSENG DALAM KATEGORI GENUS PANAX
 
1. Ginseng Asia
 
Ginseng asia juga dikenali sebagai Korean ginseng dan nama saintifiknya ialah panax ginseng iaitu antara ginseng terbaik di antara ginseng-ginseng yang ada dari segi khasiat dan kegunaan sebagai tonic dan herba. Ia tumbuh di kawasan semenanjung korea yang mempunyai iklim sejuk dan tanah yang kaya dengan nutrient. Ginseng asia kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Ia harus dituai 6 tahun ke atas untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Ginseng jenis ini dikatakan ginseng asli yang digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Cina ribuan tahun lampau.
 
2. Ginseng Siberia
 
Ginseng siberia adalah ginseng yang tumbuh di kawasan siberia. Nama saintifiknya ialah Elutherococcus senticsus, ia digunakan sebagai tonic untuk meningkatkan tenaga, selesema dan dan juga mengurangkan tekanan mental.
 
3. Ginseng Amerika
 
Ginseng Amerika adalah tumbuhan herba yang hidup subur di pergunungan California dan sekitarnya. Ia dikenali sebagai sang wild oleh penduduk tempatan. Ginseng Amerika lebih berkualiti berbanding dengan ginseng siberia dan kurang berkualiti jika dibandingkan dengan ginseng korea. 
 
4. Ginseng Vietnam
 
Ginseng vietnam adalah jenis ginseng yang hidup di kawasan pedalaman dan pergunungan di negara vietnam dan merupakan ginseng dalam keluarga panax. Nama saintifik bagi ginseng vietnam ialah Panax Vietnamensis dan boleh dijumpai di pergunungan kawasan Ngoc Linh di wilayah Kon Tum dan Guang Nam. Ciri pertumbuhan sama dengan spesis ginseng lain di mana pertumbuhan yang perlahan dan mengambil masa 10 tahun untuk matang. Ia digunakan oleh penduduk untuk menghilangkan kelesuan dan untuk meningkatkan tenaga tubuh badan.
 
GINSENG DALAM KATEGORI GENUS TALINUM
 
1. Ginseng Jawa/Akar Som
 
Nama saintifik bagi ginseng jawa ialah Talinum paniculatum Gaertn dan banyak dijumpai di negara-negara Asia Tenggara. Banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan juga untuk perubatan tradisional. Pucuk daunnya dimakan sebagai ulam dan berkesan meningkatkan selera makandan meningkatkan kecerdasan tubuh badan. Akarnya direbus untuk mengurangkan masalah batuk dan radang paru-paru. Rebusan akarnya juga berkesan meningkatkan tenaga bagi kaum lelaki.  
 
Ginseng Sabah

Satu lagi jenis tumbuhan herba yang boleh dipanggil ginseng kerana khasiatnya sama dengan ginseng keluarga dalam panax ialah Ginseng Sabah. Pokok Ginseng Sabah hidup di kawasan pedalaman sabah seperti di daerah Nabawan dan Pansiangan hingga ke sempadan Kalimantan di Indonesia. Ia hidup subur di kawasan tanah yang lembab dan kaya dengan organan.  Akarnya direbus oleh penduduk tempatan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan tubuh badan dan meningkatkan kesihatan bagi kaum lelaki. Ginseng sabah tidak termasuk dalam genus panax mahupun talinum. Oleh kerana belum ada kajian terperinci mengenai tumbuhan ini maka tidak dapat disertakan nama saintifiknya dan komponen kimia di dalamnya, juga tidak diketahui kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia. Gambar di atas adalah akar ginseng sabah yang telah dikeringkan dan diambil dari daerah Nabawan, Sabah.

Antara ginseng yang lain bukan dari keluarga panax dan talinum:

  • Ginseng wanita/ dong quai – Angelica sinensis
  • Ginseng lelaki miskin – Codonopsis pilosula
  • Ginseng selatan, jiaogulan – Gynostemma pentaphyllum
  • Ginseng Peruvian, maca – Lepidium meyenii
  • Ginseng Alaskan – Oplopanax horridus
  •  san qi, tian qi atau tien chi – Panax notoginseng
  • Ginseng Brazil – Pfaffia paniculata
  • ginseng raja – pseudostellaria heterophylla 
  • Beri lima rasa – schisandra chinensis
  • Ginseng India – Withania somnifera

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga info ini bermanfaat kepada pembaca yang ingin mengetahui jenis-jenis ginseng yang wujud di dunia. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

PANAS! Sheeda Gelar Ifa Raziah Wanita Plastik Dan Penipu

Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya. Wah, marah betul tu nampaknya… Sabar ya Kak Sheeda.

Featured Tue, 14 Mar 2023
LIFESTYLE Thu, 14 Nov 2019

Graduan Pilih Kerja Antara Punca 600,000 Peluang Pekerjaaan Tidak Diisi

Graduan memilih pekerjaan dan universiti menawarkan ijazah yang tidak diperlukan industri dikenalpasti antara sebab lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang masih tidak diisi. Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Prof Dr Mohd […]

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Bonda Nervous Nak Tambah Satu Lagi’- Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Keempat

Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

Tahun Melawat Malaysia tapi artis luar pula yang dijemput. Kenapa agaknya ya?

LIFESTYLE Wed, 7 Feb 2018

这种「糖」特别容易长肚肥肉!

无论已经努力运动、节食减肥,肚子上一圈肉就是减不下来,穿衣服怎样都不好看,也没办法再穿些紧身衣。医师表示,腰围变粗主要还是因为脂肪堆积,有6种原因,特别容易把油脂「堆」在腹部,要尽量避免或用运动改善。

Featured Wed, 2 Nov 2022