Siapa tak kenal dengan raja buah?
Durian antara buah yang dinanti-nantikan untuk dinikmati. Jika musim durian, beberapa lokasi akan mengadakan buffet durian dengan harga runtuh. Boleh dinikmati bersama rakan-rakan, ahli keluarga mahupun mereka yang tersayang.
Kenikmatan buah durian tidak dapat di ungkap dengan kata-kata
Pernah tak anda bercakap dengan mereka yang baru sahaja menikmati durian?
Baunya yang semerbak dan tidak selesa bakal membuat anda dipandang serong.
Ini bekas saintis di MARDI telah memuatnaik di laman Facebook untuk berkongsi tips bagaimana untuk mengurangkan bau selepas makan durian.
“ Minum susu sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan sulfur durian akan diikat oleh lemak dan protein susu atau santan dan bantu kurangkan nafas berbau durian
Walaubagaimanapun keadaan itu akan menyebabkan sifat anti-kanser berkurang. “
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“Minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih akan kurangkan bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“Minum susu sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding selepas makan bawang putih”
Selamat Mencuba
Sumber: Dr. Suri Roowi