LIFESTYLE By: SGMS Enal January 12, 2018 @ 2:19pm

Lelaki Ini Kongsi 20 Langkah Mudah Menguruskan Uri Bayi

Selepas seseorang ibu melahirkan anak, sudah menjadi tanggungjawab bapa untuk menguruskan uri bayi.

Uri atau Plasenta adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.

Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Uri membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, uri akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim.

Kerap menjadi kebingungngan bagi para suami cara yang mudah untuk mencuci dan menanam uri bayi dengan sempurna.

Seorang pengguna Facebook, Azlannor Fadzilah telah berkongsi 20 langkah mudah mencucui dan menanam uri bayi dengan cara yang betul.

Perkongsian sebegini amat berguna, terutama sekali buat lelaki yang baru sahaja bergelar sebagai seorang ayah. 

 
 
Menurut Azlan, untuk menguruskan uri bayi hanya memerlukan tiga bahan utama iaitu, garam, asam jawa dan kain putih. Bagi memudahkan kerja mencuci uri, uri hendaklah diletakkan di dalam bekas atau besen dan dicurahkan air ke atasnya sehingga darah kurang mengalir.
 
Selepas itu, uri hendaklah dilumurkan dengan garam dan asam jawa sebelum membilasnya semula sehingga bersih dan tiada lagi darah serta bau hanyir.
 
Selesai sahaja proses membasuh uri, tiba masa untuk membalut uri tersebut dengan kain putih. Sebelum membalut uri tersebut, hendaklah diletakkan garam dan asam jawa sekali lagi dan terus membalutnya dengan kemas serta mengikatnya.

Kain Putih

Selepas dibalut dengan kain putih, uri tersebut dibalut sekali lagi dengan kain hijau kalis air yang didapati dari hospital tadi.

Selesai sahaja proses membalut, sudah boleh memulakan proses menggali lubang di tempat yg selamat, seperti halaman rumah atau di depan rumah.

Pembaca boleh mengikuti 20 langkah mudah ini dibawah. Semoga perkongsian menarik ini dapat memberi manfaat kepada lelaki yang bakal bergelar seorang ayah. 

Garam dan Asam jawa
20 Langkah Cara Basuh Dan Tanam Uri Bayi Untuk Rujukan Para Ayah


Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.

1. Barang penting untuk uruskan uri bayi

cara-basuh-tanam-uri-1

Ada 3 perkara utama di sini:
1. Uri
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Kain putih

2. Keadaan bungkusan uri dari hospital
Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau. 

 
 

3. Kita mulakan cara basuh uri
Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.

4. Apa nak baca masa basuh uri?
Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.

5. Lebih mudah basuh dalam besen
Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.

6. Langkah seterusnya, campuran bahan lain
Ambil sedikit garam dan asam jawa. 


 

7. Bagaimana nak buat?
Letakkan garam dan asam jawa pada uri.

8. Kemudian…
Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.

9. Dah selesai, kena bilas
Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa. 



10. Masa untuk bungkus uri
Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.

11. Hampatkan kertas hijau kalis air dan kain putih
Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.

12. Masa untuk balut uri
Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.

13. Langkah seterusnya
Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.

14. Balut uri dengan kain putih
Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas. 


15. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air
Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.

16. Langkah seterusnya, gali lubang
Gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.


Balut dan ikat dengan kemas
 

17. Berapa dalam lubang kena gali
Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.

18. Dan akhirnya
Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.

19. Selesai
Timbus tanah dan pijak sehingga rata.

20. Jangan lupa letak tanda
Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya. – Siakapkeli.my


 



 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 4 Oct 2019

Lukis Air Kopi Gambar Yang Dipertuan Agong & Raja Permaisuri

Cantiknya hasil lukisan walaupun menggunakan minuman kopi

LIFESTYLE Tue, 5 Feb 2019

Discover Upcoming Hotspot Chengdu in Class and Style

The Temple House announces a curated experience offering an active exploration of one of China’s most talked about emerging cities with award-winning spa treatments and vegan dishes

LIFESTYLE Sat, 3 Aug 2019
LIFESTYLE Thu, 25 Oct 2018

Nak Rumah Tangga Harmoni, Suami Pun Kena Bantu Buat Kerja Rumah

nak rumahtangga kenalah ringan tangan ya bukan mengharap pada di isteri sahaja

LIFESTYLE Mon, 9 Apr 2018

16张「1秒震撼你心」的创意平面广告

一张成功的平面广告往往看一眼就会震撼你的心,让你印象深刻,设计者必须有巧思的将想要表达的想法,藉由一张画面里的元素去呈现,一起来看看精选的16张创意十足的平面广告吧!

LIFESTYLE Thu, 16 Nov 2017

永远不该回来的复古时尚趋势【会被人鄙视吧!】

时尚套路深不可测,甚至你会觉得很疯狂。

LIFESTYLE Thu, 29 Nov 2018

The Perahu Bangau Costume; When Traditional Culture Mixes with Fashion

This is the story behind Miss Universe Malaysia’s unique Perahu Bangau costume

LIFESTYLE Sat, 16 Jan 2021
Fab Foodies! Tue, 3 Sep 2019

「早餐爆瘦组合」这样搭比别人更快瘦!

很多人会有一个错误观念,认为早餐有吃就好,赶时间的时候甚至随便吃个小饼干就出门,还以为这样就会变瘦。

LIFESTYLE Wed, 4 Sep 2019

”Toilet Newspaper/Handphone Syndrom” Punca Buasir Terhasil?

Syndrom apakah ini ? ”Toilet Newspaper/Handphone Syndrom”