Events By: Salma Syahbuddin January 6, 2020 @ 5:12pm

Love At First Sight Hanya Di Mangala Resort & Spa

Bagi yang mahu mencari ketenangan dan jauh dari kesibukan kotaraya, Mangala Resort & Spa adalah tempat yang paling terbaik untuk korang berehat sambil merasai ketenangan alam semulajadi.

Pertama sekali menjejakkan kaki, hati sudah mula terpaut dengan dekorasi resort yang begitu minimalis dan cukup mewah. Malah, kakitangan yang ramah dan sangat memudahkan kerja setiap tetamu yang berkunjung ke Mangala Resort  dengan senyuman dan layanan penuh mesra melengkapkan lagi persepsi bahawa benarlah kami sudah jatuh cinta buat kali pertama disini!

Mangala Resort & Spa yang terletak di Gambang, Kuantan ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan destinasi percutian buat seisi keluarga malah, lokasi ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi honeymoon buat si newlywed!

Dengan hanya 2 jam setengah perjalanan, Mangala Resort & Spa pastinya sesuatu yang luar biasa buat korang yang cintakan kedamaian.

Setiap bilik di Mangala Resort & Spa juga turut disajikan dengan pemandangan indah dimana, setiap pengunjung dan tetamu yang datang dapat merasai sendiri pengalaman dan menikmati keindahan alam semulajadi hanya diluar kamar tidur mereka sahaja.  

Terdapat empat jenis bilik tidur yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antaranya ialah, Sara Cottage (Wetlands Cottage), Jala Villa (Water Villa), Jala 2 Bedroom Family Villa, Vana Villa (Forest Villa),Vana Villa (Forest Pool Villa), Vana 2 Bedroom Family Villa, Amani Villa (Orchard Pool Villa), Amani  2 Bedroom Family Villa.

Rasailah Pengalaman Penuh Privacy Dan Mempesonakan!

Kemewahan dekorasi setiap bilik di Mangala Resort & Spa Gambang, Kuantan ini pastinya membuatkan korang terpesona dengan setiap perincian dekorasi bilik korang.

Malah, dikhabarkan ada sesetengah pengunjung atau tetamu yang datang lebih selesa meluangkan masa dibilik masing-masing daripada keluar melakukan aktiviti. Namun, ini bukanlah penyebab, tiada sebarang aktiviti outdoor disediakan disini ye!

Pilih Aktiviti Outdoor Korang!

Setelah puas berehat dan menikmati bilik tidur yang nyaman dan selesa, apa kata korang penuhkan aktiviti dengan berkayak, berbasikal mahupun memanah disini. Kerana, di Mangala Resort & Spa, aktiviti ini adalah percuma dan inilah masanya korang ‘silent mood’ dari menghadap telefon bimbit sahaja.

Worth it bukan?

Manjakan Badan Korang Dengan Urutan Spa Di Mangala Resort!

Setelah selesai melakukan aktiviti outdoor pilihan korang, apa kata manjakan diri dengan urutan spa di Mangala! Dengan pelbagai pilihan spa termasuklah Body Scrub, Body Massage, Body Wrap , Tirta Dewi Facial, Flower Milk Bath dan Himalayan Crystal Bath,  pastinya tubuh badan korang kembali bertenaga.

Sambil melakukan Spa, korang juga ditemani dengan bunyi terjun dan kicauan burung serta pemandangan indah di Mangala Spa ini. 

Opss! Jangan risau, di Mangala Resort & Spa tawaran harga promosi bagi urutan spa buat pengunjungnya juga turut disediakan. Dan, sekiranya korang memerlukan jenis urutan atau mandian, maklumkan terus kepada pihak Spa, kerana mereka akan menyediakan bahan-bahan segar yang diperlukan seperti bunga dan lain-lain mengikut permintaan korang! Call je terus okay!

Hidangan Makanan Yang Super Sedap!

Memilih tempat percutian yang terbaik tidak kiralah bersama family atau pasangan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan.Selain itu, hidangan makanan yang sedap dan memenuhi citarasa pengunjung juga penting bagi melengkapkan lagi edisi percutian korang. Betul tak?

Jadi, bagi sesiapa yang berpeluang untuk berkunjung ke Mangala Resort & Spa Gambang, Kuantan ini, korang antara yang bertuah kerana hidangan yang disajikan sangat menepati citarasa pengunjungnya dan ini sesuatu yang luar biasa!

Daripada hidangan makan tengahari sehinggalah ke hidangan pencuci mulutnya, Mangala Resort & Spa 100% recommended!

Hurm, daripada dekorasi yang minimal sehinggalah kedudukan bilik yang pastinya mempesonakan, hidangan yang lazat dan pelbagai aktiviti outdoor yang disediakan, Mangala Resort & Spa Gambang, Kuantan juga sangat sesuai buat mereka yang mahu meraikan hari perkahwinan mereka di sini!

Perkhidmatan dewan, lokasi perkahwinan yang trendy,  dan bilik honeymoon yang penuh privasi semuanya ada di Mangala Resort & Spa Gambang, Kuantan.

 

Jadi apa tunggu lagi, jadikan Mangala Resort & Spa tempat percutian korang kerana apa yang pasti, korang akan jatuh cinta di sini!

Untuk maklumat lanjut mengenai Mangala Resort & Spa, korang boleh layari laman web mereka Mangala Resort and Spa  atau ditalian +609 505 7777.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Events Thu, 29 Nov 2018

全家来马过平安夜!钟镇涛女儿当嘉宾、老婆当服装师

钟镇涛12月24日携妻带女来马巡演,与歌迷共度一个难忘的平安夜!

Events Sat, 30 Jun 2018

Ayuh! Hangatkan Segalanya Bola Bersama Moh Skor

Demi menghimpunkan semangat bola rakyat Malaysia dan menghangatkan musim piala dunia, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah menganjurkan Karnival Moh Skor yang dijalankan pada 30 Jun 2018, Sabtu, bertempat di My Town Cheras, Kuala Lumpur

Featured Mon, 5 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Sedih bila dengar luahan hati Aqish 😭 Jika benar bagai dikata, moga ada pencerahan daripada pihak berkuasa. Moga dipermudah segalanya

LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

DISCOVER THE BEST OF SOUTHEAST ASIA WITH GOASEAN!

The perfect travel, lifestyle and food channel for all ages is here – GOASEAN! The one stop channel that will bring convenience and help for travelers before they depart, so let’s check out the top 5 reasons on why we should watch GOASEAN!

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Pelakon ‘Airwolf’ Meninggal Dunia

Mendiang Vincent pernah mencatat sejarah di Hollywood apabila muncul sebagai penerima bayaran tertinggi di Amerika dengan jumlah $200,000 untuk satu episod dalam ‘Airwolf’.