LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin December 19, 2018 @ 5:22pm

Malaysia Duduki Tempat Ketiga Kunjungan Paling Ramai Di Asia

Menurut salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di dunia, telah mengumumkan bahawa Malaysia adalah negara ketiga terbanyak menerima tempahan di Asia bagi tahun 2018, manakala Kuala Lumpur, adalah bandaraya ketiga di Asia paling banyak dikunjungi.  

Antara daya penarik pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia adalah kerana kepelbagaian citarasa makanan, keindahan alam semulajadi dan layanan mesra rakyat Malaysia. Kuala Lumpur khasnya, masih menjadi destinasi pilihan ramai dengan menawarkan pengalaman unik, baharu dan lama seperti mercu tanda moden Menara Berkembar Petronas dan suasana perkampungan tradisional seperti di Kampung Baru.

Suasana di sekitar Kampung Baru pada waktu malam

Namun, secara keseluruhannya, negara Jepun masih menduduki tempat teratas iaitu negara yang paling banyak dikunjungi, diikuti oleh Thailand di tempat kedua. Bangkok menduduki tempat teratas sebagai destinasi pilihan ramai di Asia.

Ini adalah senarai negara pilihan ramai di Asia : 

  1. Jepun 
  2. Thailand
  3. Malaysia

Destinasi pilihan ramai di Asia : 

  1. Bangkok
  2. Tokyo
  3. Kuala Lumpur
  4. Hong Kong
  5. Osaka
  6. Taipei
  7. Seoul
  8. Singapura
  9. Bali
  10. Pattaya

Manakala, bagi rakyat Malaysia sendiri, destinasi pilihan rakyat sepanjang tahun 2018 adalah Thailand dan Indonesia. 

Data penempahan Agoda bagi tahun 2018 menunjukkan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka,  Johor Bahru dan Kota Kinabalu menduduki tempat lima teratas sebagai destinasi pilihan ramai. Ini diikuti oleh Ipoh (7), Cameron Highlands (8), Kuching (9) dan Kuantan (10).

Bangkok turut muncul di tempat keenam dalam senarai sepuluh destinasi pilihan ramai pelancong Malaysia. Ia menjadi destinasi pilihan pelancong Malaysia kerana ia adalah sebuah lokasi transit yang mudah bagi melawati tempat-tempat lain di Thailand, syurga makanan dengan kebudayaan yang menarik.

Negara Pilihan Ramai Pelancong Malaysia : 

  1. Malaysia
  2. Thailand
  3. Indonesia

Destinasi Pilihan Ramai Pelancong Malaysia : 

  1. Kuala Lumpur
  2. Pulau Pinang
  3. Melaka
  4. Johor Bahru
  5. Kota Kinabalu, Sabah
  6. Ipoh
  7. Cameron Highlands
  8. Kuching, Sarawak
  9. Kuantan, Pahang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Thu, 11 Jun 2020
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

首要媒体超越谷歌和脸书!成为大马人最受欢迎的移动内容

马来西亚最大的整合媒体公司首要媒体超越谷歌和脸书,成为马来西亚人最受欢迎的移动内容!

Featured Tue, 13 Sep 2022

[VIDEO] Lengkap Berbaju Melayu, Nur Sajat Pernah Membintangi Klip Video Karaoke?

Tak sangka rupanya tu Sajat.. Memang manis dari dulu lagi kan? 😍🤩

Featured Mon, 15 Nov 2021

“Saya Dah Berumur 24 Tahun” – Aktif Berlakon Semenjak Usia Kanak-Kanak & Remaja, Netizen Tak Boleh Terima Afieq Shazwan Bawa Watak Suami

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendedahkan ramai peminat tidak dapat menerima lakonannya sebagai lelaki dewasa. Terlibat dalam industri hiburan semenjak di usia kanak-kanak, Afieq kini memegang watak sebagai seorang suami dalam drama bersiri Diari Seorang

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Syatilla Suka Suami Gemuk?

Kenapa agaknya Tilla tak nak tengok Sam kurus?

Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Awal Ashaari Akui Lebih Selesa Mengacara Daripada Berlakon

Semoga apa yang diimpikan menjadi realiti.

8TV Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Demi SANGKAR, Zul Ariffin & Remy Ishak Sanggup…

Teaser filem Sangkar terbitan Primework Studio bakal ditayangkan bermula esok, 12/12 bermula 12 tengah hari esok! 

| Live TV