LIFESTYLE By: SGMS Enal October 5, 2019 @ 11:38am

Masalah Mental Berpunca Dari Rumah Betul Ke?

Peningkatan masalah kesihatan mental terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini dilihat berada pada tahap membimbangkan apabila banyak kes berkaitan penyakit itu dilaporkan kebelakangan ini.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami pelbagai penyakit kesihatan mental manakala tinjauan NHMS 2017 mendedahkan satu daripada lima remaja berasa tertekan; dua daripada lima berasa bimbang; 11.2 peratus mempunyai idea untuk bunuh diri dan 10.1 peratus cuba bunuh diri.

Menurut statistik dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, setiap tahun sebanyak satu juta orang membunuh diri bersamaan dengan satu kematian bagi setiap 40 saat dan diramalkan menjelang 2020, kadar membunuh diri akan meningkat pada satu kematian bagi setiap 20 saat.

Pakar Psikoterapi dan Kaunseling (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counselling Services, Dr Meriam Omar Din berkata kebanyakan masalah kesihatan mental yang semakin serius adalah berpunca dari rumah.

“Sebenarnya masalah kesihatan mental banyak berpunca dari dalam rumah apabila faktor persekitaran anak-anak mempunyai pengalaman pahit dialaminya sewaktu usia kecil (kanak-kanak) di rumah akan memberi kesan jangka panjang yang serius sehingga dewasa.

“Malah, sekiranya dicampur pula dengan sejarah keluarga (faktor genetik) yang mempunyai masalah kesihatan mental, ia akan membuatkan keadaan individu tersebut menjadi semakin sukar untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Dr Meriam turut mengakui kemajuan teknologi dan perkembangan penggunaan media sosial pada masa kini turut menjadi antara penyumbang tertinggi kepada masalah kesihatan mental yang dialami oleh remaja dan kanak-kanak.

“Budaya buli siber antara salah satu faktor masalah ini semakin serius. Bukan hanya orang yang dibuli boleh menghadapi tekanan jiwa, tetapi orang yang suka membuli juga adalah petanda tingkah laku ganas yang ada kaitan dengan kesihatan mental.

“Hal seperti itu telah banyak terjadi kepada pesakit yang mengalami kemurungan dan sebagainya sehingga ada yang membunuh diri akibat tidak tahan dengan komen negatif diterima di laman sosial mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata masalah kesihatan mental boleh dirawat sekiranya setiap individu memainkan peranan dengan sentiasa peka terhadap keadaan pesakit (mangsa) dalam usaha mendapatkan rawatan awal.

“Sebenarnya individu-individu yang penting dalam hidup pesakit iaitu orang terdekat dengannya harus peka terhadap perubahan atau tingkah laku mereka termasuklah guru, keluarga dan kawan-kawan.

“Guru ialah individu paling mudah untuk kesan pesakit ini kerana mereka boleh lihat dengan jelas melalui kehadirannya ke sekolah dan juga cara pergaulan dengan rakan-rakan. Jadi, di sinilah peranan orang sekeliling untuk bertindak segera dalam membantu membawa anak-anak itu mendapatkan khidmat kaunseling dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau turut menyarankan supaya keluarga sentiasa peka dengan kemurungan anak-anak dan harus rujuk kepada pakar psikiatri jika ada hantaran status di laman sosial anak-anak atau pelajar yang ingin membunuh diri.

Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri (Kanak-Kanak dan Remaja) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Dr Aminah Kassim berkata aktiviti seni merupakan komponen terpenting dalam membantu penyembuhan dan pemulihan masalah kesihatan mental yang dihadapi masyarakat.

“Aktiviti seni seperti belaian, sentuhan, nyanyian dan pelbagai aspek yang melibatkan deria rasa sebenarnya perlu dipraktikkan dari peringkat pra persenyawaan hingga ke usia tua.

“Keadaan kesihatan ibu bapa turut mendorong kepada perkembangan sel bayi sewaktu proses persenyawaan berlaku. Jika keadaan ibu bapa mampu mencapai aspek ketenangan diri, maka sel bayi tadi mampu berkembang dalam suasana yang harmoni sejak di awal usia kandungan lagi,” katanya.

Dr Aminah berkata seni juga amat penting bagi mempromosi aktiviti yang positif bukan hanya kepada kanak-kanak dan remaja yang bermasalah, tetapi ia sebagai langkah pencegahan awal agar emosi dan kesihatan mental mereka tidak terjejas.

“Sekiranya kita penuhkan aktiviti anak-anak dengan mengajak mereka melakukan aktiviti berfaedah seperti melukis, bermain permainan interaktif, berlakon dan sebagainya ia mampu menjauhkan mereka daripada mudah terpengaruh dengan gejala negatif,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata aktiviti seni mampu mencetuskan kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

“Contohnya, bayi akan rasa tenang dan damai apabila ibunya berada dalam keadaan positif kerana dia boleh dengar pernafasan ibu sejak dalam rahim. Tetapi, jika ibu dipukul, ditendang dan dalam keadaan ketakutan, bayi itu sendiri akan lahir dalam keadaan yang tidak selesa.

“Apabila selepas kelahiran dan keadaan tersebut terus berlaku, ia akan menyebabkan masalah emosi sekali gus mengakibatkan kemurungan yang mencetuskan masalah kesihatan mental. Anak-anak yang mempunyai masalah tingkah laku kebiasaannya disebabkan jalinan kasih sayang dari peringkat awal kehidupan tidak cukup kuat,” katanya.

Jelas Dr Aminah, elemen kesenian dalam ilmu keibubapaan juga antara yang paling penting bagi mencegah dan merawat masalah kesihatan mental seseorang individu memandangkan ia adalah asas kepada perkembangan anak-anak.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 8 Sep 2019

Jika Guna Jeriji Ini Mungkin Dapat Selamatkan Nyawa Dalam Kebakaran

Tak sangka ada jeriji yang boleh selamatkan nyawa terutama masa kebakaran. Jom baca

Fab Foodies! Wed, 5 Feb 2020

2月14日来个「Pork Free」约会!盘点雪隆区5家浪漫餐厅

身在多元种族的我们,相信有部分「异族恋」又或不吃猪肉的朋友,还在为选餐厅而头痛着……

LIFESTYLE Tue, 2 Oct 2018

俄罗斯超模亲授IG美照拍法!「Do’s & Don’ts」避开地雷

俄罗斯模特MASHAПAK除了在IG分享穿搭之外,还会教授全球的网美们如何拍美照,并且用「Do’s & Don’ts」区分,一目了然让你马上知道拍照的正确姿势。

LIFESTYLE Sat, 15 Sep 2018

Cara Mengatasi Gastrik Ketika Hamil

Alami gastrik sewaktu hamil , cuba tips ini

LIFESTYLE Thu, 17 Oct 2019

Model Victoria’s Secret Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia

Bella Hadid adalah pemenang yang jelas apabila semua unsur wajah diukur untuk kesempurnaan fizikal

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
LIFESTYLE Mon, 15 Oct 2018

Lemak DiPerlukan Dalam Aturan Diet Seharian

Tidak percaya tetapi ini hakikatnya , Lemak DiPerlukan Dalam Aturan Diet Seharian

Fab Foodies! Wed, 9 May 2018

「冷vs.热咖啡」谁提神效果较好? 

咖啡热热喝比较好?许多民众早、晚来杯咖啡为的就是提神,而近日网路上出现「喝热咖啡比冰咖啡有用」一事,认为想要直接清醒最快的方式就是选择热的,这是否正确呢?

LIFESTYLE Sat, 28 Apr 2018

BBQ Alligator Jadi Kegilaan Terbaru Penduduk Los Angeles

BBQ Alligator Jadi Kegilaan Terbaru Penduduk Los Angeles “Sangat Lembut Dan Dipanggang Sempurna,”

LIFESTYLE Mon, 29 Apr 2019

如果不想活得太累!请放弃以下的五件事

生命中的许多时候,我们被一些事情束缚,让自己变成另一个人,活得非常疲累。想要过自由自在的生活,我们每个人都应该学会放手。

| Live TV