Automobile By: Salma Syahbuddin March 1, 2022 @ 6:09pm

Rebut Tawaran Hebat OPPO Watch Free Secara PERCUMA Serta Meriahkan Roadshow OPPO Reno7 Series Bersama Hannah Delisha 5 Mac Ini!

Dengan kemunculan dan rangkaian 5G menerusi siaran langsung dan keupayaan telefon pintarnya, kini jenama OPPO sekali lagi tampil memperkenalkan model terbaharunya, pakar potret Reno7 Series yang akan mula berada di pasaran pada 5 Mac ini.

OPPO Reno7 Series akan mengadakan jualan pertamanya bermula pada 5 Mac dan seterusnya bagaimanapun, pelancaran roadshow pertama OPPO Reno7 Series akan diadakan pada 28 Februari 2022, bertempat di Sunway Pyramid.

Berita baik! Untuk 100 pelanggan pertama yang membeli telefon pintar Siri OPPO Reno7 mereka pada siri roadshow yang berlangsung di Sunway Pyramid nanti, anda akan menerima OPPO Watch FREE bernilai RM449 secara PERCUMA! Buat mereka yang telah membuat pra-tempahan di atas talian dan pilih untuk pick up kat roadshow pun dapat tau, janji anda sampai awal dan adalah diantara 100 pelanggan terawal tu.

Untuk makluman, tawaran ini juga terpakai buat 30 pelanggan pertama kat roadshow OPPO Reno7 yang lain di seluruh negara, jadi apa tunggu lagi!

Bukan itu sahaja, untuk roadshow kali ini pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha akan bersama-sama pelanggan setia OPPO memeriahkan siri roadshow dengan membuat persembahan nyanyian bermula pada jam 2 petang.

Opps! Untuk pelanggan yang membuat pra-pesanan mulai sekarang, anda bakal mendapat tawaran hebat yang gerenti berganda-ganda bernilai sehingga RM1,267!

Ini termasuklah Enco Buds (RM159) dan Reno Bag (RM109). Bagi pelanggan My OPPO Members, anda juga akan menikmati keistimewaan bernilai sehingga RM999 termasuklah berpeluang menikmati kemasukan ke Taman Tema Genting SkyWorlds, Tiket pergi dan balik PERCUMA dari Malaysian Airlines, Akses secara PERCUMA ke Plaza Premium Lounge, Langganan Premium VIU selama 3 bulan, Baucar bernilai RM100 dari Carlo Rino, Kemasukan PERCUMA ke Celebrity Fitness selama Satu bulan dan Rebat bernilai RM200 jika korang membeli barangan dari RENEW+. Wow! Menakjubkan bukan?

Jadi, apa tunggu lagi! Anda kini boleh bersiap sedia untuk membuat pra-pesanan di semua rangkaian kedai rasmi OPPO, rakan telco, dan juga secara online guys!

Waitttt! Anda juga layak untuk membeli OPPO Watch Free dan OPPO Enco Air2 dengan potongan sehingga 50% apabila membuat pembelian OPPO Reno7 Series di semua cawangan kedai jenama OPPO!

Opps! Korang yang masih tak tahu apa agaknya kelebihan telefon ni, jom kita semak kelebihan yang dimiliki oleh OPPO Reno7 Series 5G!

1. Nak OOTD Dan Selfie Persis Gambar DSLR? Jangan Risau, OPPO RENO7 Series 5G Ini Ada Jawapannya!

Bagi anda yang suka mengabadikan momen bersama rakan-rakan atau keluarga, inilah masanya untuk dapatkan OPPO Reno7 Series 5G!

Ia mampu untuk menangkap potret Mod (Potrait Mode) seperti camera DSLR dengan 25 aperture yang berbeza saiz untuk anda selaraskan sendiri mengikut waktu siang ataupun malam. Senang bukan? Lebih ringan dan bergaya pula tu…

Dari segi rakaman gambar pula, OPPO Reno7 Series 5G menggunakan konfigurasi tiga lensa kamera dengan teknologi AI.

Ketiga-tiga lensa itu adalah kamera utama 64MP HD, lensa sudut lebar 118 darjah dengan fokus diberikan kepada subjek yang berada dekat iaitu pada kedudukan 4cm serta bahagian depannya adalah lensa selfie 32MP.

2. Video Lebih Menyerlah Dengan Bokeh Flare Portrait Video

Bagi anda yang suka merakamkan momen menggunakan video, OPPO Reno7 Series 5G kini memperkenalkan Bokeh Flare Portrait, tetapan ini dapat meringankan cahaya latar pada siang mahupun malam. Selain itu, ia juga akan memberikan kesan cahaya bokeh yang indah terhadap video yang diambil kerana gambarnya akan kelihatan lebih jelas dan lebih baik.

3. OPPO Reno7 Series Tampil Dengan Reka Bentuk Yang Menawan Sesuai Dengan Pengalaman 5G Yang Menakjubkan!

Sesuai dengan perubahan trend, OPPO Reno7 Series 5G kali ini tampil dengan reka bentuk yang lebih menawan! Dengan bahagian belakangnya direka dengan teknologi aeroangkasa, OPPO GLOW hadir dengan dua pilihan warna berbeza iaitu, Startrails Blue dan Starry Black.

Malah ketebalan OPPO Reno7 Series 5G lebih nipis iaitu hanya 7.81mm dengan berat hanya  173 gram. Memang sesuai untuk dibawa kemana sahaja bukan?

4. Kelajuan Pengecasan Yang Mengagumkan

OPPO Reno7 Series 5G mempunyai bateri besar 4,500 mAh yang dapat memberi jangka hayat bateri tahan lama dengan pengecasan yang SUPERVOOC 65W iaitu ia mampu mengecas sehingga 100 peratus hanya dalam masa 31 minit sahaja.

Jadi, anda tak perlu risau lagi, sambil makan pun boleh cas telefon tau. Jimat masa dan tenaga!

5. Stor Penyimpanan Terbaik!

Untuk memberikan penerimaan rangkaian 5G yang lebih baik, OPPO Reno7 Series 5G dilengkapi dengan storan 8GB RAM  dengan 256GB ROM. Telefon ini menyokong teknologi pengembangan RAM.

Teknologi pengembangan RAM ini berupaya membolehkan pengguna membuat beberapa tambahan ruang ROM termasuklah menambah storan 2GB, 3GB sehingga 5GB RAM agar kelancaran telefon ini dapat dikekalkan.

6. ColorOS12 Dengan Teknologi Imej Omoji & Ikon 3D Yang Mewah

Seiring dengan kecanggihan telefon pintar OPPO Reno7 Series 5G, pengguna boleh mencipta imej Omoji mewah dengan kombinasi 14 bilion ciri semula jadi yang gerenti buat anda teruja!

Malah, terdapat lebih daripada 200 emotikon yang anda boleh pilih untuk menghantar mesej kepada insan tersayang atau bos dan rakan ofis! Takdelah asyik pakai emotikon yang sama je kan?

Manakala, OPPO Reno7 Series 5G membolehkan penggunanya bekerja dengan lebih lancar. Ia membolehkan pengguna  berkongsi paparan skrin telefon kepada paparan komputer supaya korang boleh lebih fokus tanpa mengalih apa-apa peranti. Senang kan?

OPPO RENO7 Pro

Untuk yang inginkan henfon yg lebih advanced, OPPO Reno7 Series 5G kali ini juga tampil memperkenalkan OPPO RENO7 Pro dengan teknologi terkemuka  iaitu, sensor IMX709 dan IMX766 hasil kerjasama OPPO dan SONY, yang pada pertama kalinya digunakan di atas telefon pintar.

Jom kita tengok apa pula kelebihan yang terdapat pada telefon pintar OPPO RENO7 Pro!

1. Cahaya Pernafasan Orbit / Orbit Breathing Light

Antara kelebihan dan keistimewaan teknologi ini adalah, ia mampu memberikan Orbit Breathing Light yang berupaya mengingatkan pengguna kepada mesej atau panggilan masuk dengan adanya pencahayaan di sekeliling kameranya. Jadi no more missed call okay!

2. Kamera 50 MP Dengan Sensor SONY  IMX766 / IMX709 – Foto Bercahaya Rendah? Kini bukan masalah lagi!

Bagi telefon OPPO RENO7 Pro ini, ia didatangkan dengan kamera utama 50MP dengan sensor utama IMX766 serta kamera sudut ultra lebar 8MP, kamera Makro 2MP dan kamera hadapan 32MP bersama sensor SONY IMX70.

Sensor SONY IMX709 ini berfungsi sebagai kamera hadapan dan berupaya merakam potret dan video dengan jelas walaupun dalam keadaan gelap.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menangkap 60 peratus lebih cahaya untuk memudahkan penggunanya menangkap lebih banyak gambar swafoto yang berkualiti dari pelbagai sudut. Malah, sensor RGGB standardnya juga mampu mengurangkan sehingga 36 peratus hingar atau noise.

3. Sistem Kamera Dwi Potret Bersama Sensor SONY IMX709 & IMX766

Bersaiz 1/1.56 inci, sistem kamera dwi potret dengan sensor IMX 709 dan IMX 766 dari SONY ini mampu memberikan gambar yang jelas walaupun pada waktu malam. Dengan PIXEL PDAF dan DOL-HDR, gambar yang dirakam akan kelihatan lebih berkualiti dan tidak perlu lagi dibatasi oleh sudut tontonan lensa tunggal.

Jadi apa tunggu lagi! Bagi anda yang sudah tidak sabar bergaya dengan OPPO RENO7 Series 5G dan OPPO RENO7 Pro jangan lupa dapatkan telefon pintar ‘Pakar Potret, Serlahkan Potret Mu Tanpa Had’ ini bermula 5 Mac 2022 dengan harga yang cukup berbaloi iaitu, RM1,999 dan RM2,999.

Tunggu! Ada lagi.. Sempena Anugerah Juara Lagu Ke 36, UNDI Penyanyi Pilihan Popular AJL36 yang dibawakan khas oleh OPPO Reno7 5G sekarang dengan hanya imbas kod QR di OPPO Brand Store atau kongsi hantaran OPPOReno7 xAJL36.

Pra-pesan Siri #OPPOReno7Series5G juga boleh melayakkan anda membuat undian tambahan, selain daripada pembelian telefon pintar baru OPPO (Reno series, Find series, A series dan lain-lain) sehingga 3 Mac 2022! Untuk pembelian baru, ia hanya tertakluk di OPPO Brand Store, OPPO Store (Online) serta Kedai Rasmi OPPO di Lazada & Shopee. Undilah Sekarang!

Untuk info lanjut, lawati: https://bit.ly/3gHjuax

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Apr 2023

Gandingan Redza Rosli & Amyra Rosli Dalam Drama ‘Kerasnya Takdir’

Macam mana Jiha (Amyra Rosli) nak teruskan hidup??!!

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Wed, 17 Nov 2021

Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 29 akibat kecuaian seorang bapa meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan di rumah di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, pada Selasa. Polis menerima laporan kejadian […]

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

Featured Wed, 17 Jul 2019

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

Setiap koleksinya sesuai untuk kulit wanita Asia!

Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa […]

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

Anak Ketiga Tak Banyak Ragam, Nadiya Nisaa Tak Perlu ‘Helper’

Tahniah Nad & suami, comel sungguh Aminah Rose!