LIFESTYLE By: SGMS Enal September 23, 2019 @ 8:55pm

Orang Pendek Lebih Berisiko Penyakit Kencing Manis

Individu yang rendah lebih terdedah kepada risiko kencing manis jenis 2, lapor jurnal Diabetologia, jurnal khusus kajian terhadap diabetes.

Kajian yang dijalankan oleh European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition (EPIC) ke atas 27,548 individu itu mendapati purata risiko diabetes berkurang sebanyak 41 peratus bagi lelaki dan 33 peratus bagi perempuan dengan setiap perbezaan ketinggian 10 sentimeter (cm).

Dalam kajian tersebut, berat, ukur lilit pinggang, tekanan darah serta ketinggian peserta ketika duduk dan berdiri telah direkodkan.

Individu yang rendah juga lebih terdedah kepada risiko kardiovaskular dan dikaitkan dengan kandungan lemak hati yang lebih tinggi berbanding individu yang tinggi, kata Dr Clemens Wittenbecher dan Professor Matthias Schulze dari German Institute of Human Nutrition Potsdam-Rehbruecke.

Selain itu, mereka juga kurang sensitif terhadap insulin di samping fungsi sel beta yang lebih lemah berbanding mereka yang lebih tinggi.

Berat badan – ketinggian

Bagi individu dengan berat badan normal (BMI 18 hingga 21), risiko diabetes berkurang 86 peratus bagi lelaki dan 67 peratus bagi perempuan dengan perbezaan ketinggian 10 cm.

Bagi golongan yang mengalami obesiti pula, risiko diabetes berkurang 36 peratus bagi lelaki dan 30 peratus bagi wanita dalam setiap 10 cm pertambahan ketinggian.

Selain itu, penyelidik mendapati mereka yang berkaki panjang turut dikaitkan dengan risiko diabetes jenis 2 yang lebih rendah, terutamanya bagi lelaki.

Bukan faktor secara langsung

Kajian ini mendapati terdapat perkaitan antara ketinggian dan risiko diabetes, namun belum dapat mengenalpasti kaitan secara langsung antara ketinggian dan diabetes jenis 2.

Sebagai contoh, masalah nutrisi kanak-kanak juga boleh menjadi faktor kepada masalah ketinggian terbantut dan meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

“Walaubagaimanapun, individu rendah perlu dipantau lebih dekat bagi penyakit diabetes dan risiko penyakit kardiovaskular,” kata penulis dalam jurnal yang diterbitkan 9 September lalu.

Sumber: DiabetologiaLive Science

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 9 Feb 2019

Elak Emosi Negatif Agar Hubungan Kekal, Ikuti Tips Ini

Jangan Bawa Balik Emosi Negatif Kerana Boleh Hantui Semua Ahli Keluarga, Ini Tips Untuk Mengelakknya Dari Berlaku

Fab Foodies! Mon, 20 Nov 2017

Hati-Hati Apabila Menjamah 7 Makanan Yang Enak Ini Secara Mentah

Bagi sesetengah orang, jika ingin nikmati makanan pada kualiti terbaik, makanlah ia secara mentah. Ada yang berpendapat, makanan yang mentah khasiatnya lebih tinggi dan rasanya lebih semula jadi. Malah, ada kedai makan yang turut menawarkan […]

Fab Foodies! Tue, 3 Jul 2018

Kongsi Rahsia Dapatkan Pinggang Ramping

Kongsi Rahsia Dapatkan Pinggang Ramping, Kena Cuba Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan

LIFESTYLE Tue, 22 Oct 2019

Apa Gunanya Garisan Hitam Atas Jalan Raya?

Memandu atau mengunggang di atas jalan raya sememangnya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna. Apa tidaknya, pelbagai perkara atau pembinaan yang membuatkan pengguna tidak habis berfikir akan kegunaannya. Antara persoalan yang sering timbul di atas […]

LIFESTYLE Sat, 5 May 2018

Cara Mengangkat Barang Dengan Betul

Tahukah Anda Cara Mengangkat Barang Dengan Betul Bagi Mengelakkan Sakit Belakang?

LIFESTYLE Mon, 17 Jun 2019

永远睡不饱?小心这怪病缠身!

上班族生活好累,怎么睡都睡不饱,看医生又找不到原因?小心,你可能得了「这种病」!

Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

Here’s 7 Easy Tips for People Who are New to Fasting

Thinking of fasting with your Muslim friends this year? You’ll need to learn these few tips.

LIFESTYLE Sun, 11 Nov 2018

登机安全须知!托运与随身哪些物品不能带?

现在出国越来越频繁,打包行李时到底哪些需要放在随身?哪些需要放托运?

LIFESTYLE Tue, 31 Dec 2019
Events Wed, 25 Sep 2019