LIFESTYLE By: SGMS Enal October 26, 2018 @ 8:17am

Parti ‘Chinckenpox’, Anjuran Ibubapa Anti-Vaksin

Majoriti ibu bapa akan berbuat apa sahaja termasuklah mengambil suntikkan vaksin asalkan anak yang disayangi terhindar daripada sebarang penyakit berbahaya.

Namun lain pula untuk sekumpulan ibu bapa di Boulder, Colorado di Amerika Syarikat ini. Mereka melakukan satu perkara yang sangat bertentangan. Apa yang dilakukan adalah mereka menganjurkan parti chickenpox dimana anak-anak dibawa bercampur dengan penghidap penyakit berkenaan supaya anak mereka dijangkiti penyakit berkenaan.

Golongan ibu bapa anti vaksin ini percaya, dengan berbuat demikian, anak mereka yang dihidapi penyakit berkenaan akan membina sistem pertahanan badan secara semula jadi.

Sebenarnya, apa yang dibuat oleh ibu bapa anti vaksin ini adalah satu kaedah yang digunapakai sekian lama sehinggalah amalan berkenaan beransur-ansur pupus susulan pengenalan vaksin varicella zoster  pada tahun 1995.

Perbualan ibubapa antivaksin didedahkan portal berita antarabangsa

Walaupun vaksin yang terdapat dipasaran pada hari ini menawarkan risiko jauh lebih rendah berbanding amalan lama itu, ibubapa anti vaksin ini tetap berpegang teguh dengan petua turun temurun yang berbahaya dan tidak relevan. Sedangkan melalui vaksin, badan kanak-kanak akan disuntik dengan bakteria lemah atau mati yang berfungsi untuk merangsang antibodi mereka tanpa menyebabkan mereka jatuh sakit.

Bagaimanapun, dengan gerakkan antivaksin yang dihidupkan semula dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, penganjuran parti chickenpox juga mula berkembang dengan penyertaan semakin bertambah.

Malah, ada antara penganjur program ini memberitahu bahawa parti yang dianjurkan mereka dibuat berdasarkan nasihat daripada ‘orang dalam’ Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom. Namun faktanya, kedua-dua agensi kerajaan berpengaruh dalam sektor kesihatan ini sebenarnya menentang penganjuran parti sedemikian.

”Saya telah dihubungi oleh beberapa orang ibu bapa yang mahukan anak saya (dijangkiti chickenpox) untuk berkongsi dengan anak mereka dan saya boleh menampung kehadiran ibu bapa sebanyak yang mungkin,” kata salah seorang peserta seperti yabg dilaporkan oleh portal berita antarabangsa.

Terdapat dua cara yang sering digunakan oleh ibubapa antivaksin ini iatu sama ada mencampurkan anak mereka dengan individu-individu penghidap penyakit chickenpox atau ‘mengurung’ anak mereka dalam ruang tertutup yang dipenuhi dengan nafas pesakit sekitar 30 minit.

Secara dasarnya, amalan parti ini melakukan perkara yang sama dilakukan oleh vaksin itu bertujuan untuk mengaktifkan sistem antibodi badan. Antibodi ini diaktifkan bagi mengenal pasti virus yang memasuki badan dan bersedia untuk menentangnya di masa hadapan.

Pengaktifan ini kemudian menyebabkan pesakit chickenpox kali pertama tidak mungkin untuk diserang buat kali kedua selain mengurangkan risiko terkena penyakit terkait seperti penyakit shingles.

Bagaimanapun, risiko chickenpox adalah, virus tersebut boleh berkembang dan menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan yang lebih teruk. Ini termasuklah penyakit pneumonia, encephalitis dan strep kumpulan A. Kesemua penyakit ini memang sudah dibuktikan boleh membawa maut jika menyerang kanak-kanak yang masih lemah dan mudah terdedah kepada penyakit.

Apa yang membezakan vaksin dengan kaedah yang diamalkan oleh golongan antivaksin di Amerika Syarikat ini adalah vaksin dihasilkan dengan risiko komplikasi penyakit yang paling rendah. Malah, semua pakar bersetuju vaksin seringkali diuji untuk memastikan tidak ada kesan sampingan kepada penerimanya berbanding kaedah-kaedah perubatan yang lain.

”Bagi kami sebagai pengamal perubatan, vaksin adalah satu benda yang paling kerap menjalani ujian memandangkan vaksin diedar dan diguna oleh jutaan manusia di seluruh dunia. Jadi, tiada ruang untuk kesilapan berlaku,” kata Dr. Robert M Jacobson, Pengarah Program Penjagaan Kesihatan Populasi di Klinik Mayo.

Walaupun pelbagai pendedahan dan pembuktian yang dibuat oleh penyelidik, namun jumlah pengikut antivaksin dilihat semakin bertambah. Ini sekaligus membuktikan ada ibu bapa lebih percaya dengan kaedah lapuk yang dicipta lebih 30 tahun dahulu adalah lebih baik berbanding penemuan -penemuan baru yang dibuat oleh saintis.

Sumber : Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019
LIFESTYLE Mon, 14 Jan 2019

Air Suam Dan Garam Mampu Redakan Sakit Tekak?

Bagaimana Air Suam Dan Garam Mampu Redakan Sakit Tekak?

LIFESTYLE Tue, 10 Dec 2019

Info Penting Tentang Penyakit Polio Yang Perlu Tahu

Polio boleh mengakibatkan kematian dan kanak-kanak menjadi mangsa

LIFESTYLE Tue, 15 Oct 2019

不一样的万圣节!云顶让你处处都「遇鬼」

是否感觉到空气中开始弥漫着诡异的气息?整个10月,云顶世界将会上演一连串的惊悚活动~

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

Would You Spend RM1,000 for an Ice Cream Cake?

It looks extremely gorgeous!

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

Fab Foodies! Tue, 4 Sep 2018

Halia Membantu Dalam Menyembuh Penyakit

Halia biasa di gunakan dalam masakan tidak kira kaum tetapi jika dapat membantu dalam menyembuhkan beberapa penyakit kenapa tidak diamalkan

LIFESTYLE Tue, 23 Oct 2018

Tips Penjagaan Kuku Buat Jangkitan Kulat Kuku

Jangkitan Kulat Kuku, Rawat Cepat Sebelum Melarat, Doktor Ini Kongsi Tips Penjagaan Kuku

LIFESTYLE Sat, 8 Sep 2018

不是太空人也能穿!美国太空总署联手服装品牌推出日常穿着系列

美国太空总署NASA今年成立60周年,最近与服装品牌Heron Preston合作推出联名系列服装!这系列服装包含:夹克,帽衫,T恤, 背包和帽子,服装上的NASA字样来自NASA于1976年至1992年的标准字。

LIFESTYLE Wed, 10 Apr 2019

你是容易怀念过去的人吗?

回忆总是美好~你,是容易怀念过去的人吗?

| Live TV