LIFESTYLE By: SGMS Enal November 28, 2019 @ 2:32pm

Pengecualian Pasang “Baby Car Seat” Untuk Keluarga Besar

Kerajaan dilapor sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak ramai anak kecil sehingga tiada ruang secukupnya dalam kenderaan untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

“Kita sedar keluarga yang ada ramai anak dan tempat duduk tidak boleh memuatkan empat atau lima kerusi dalam kereta. Jadi keluarga besar akan diberi pengecualian sekiranya dalam sebuah kenderaan tersebut tidak membolehkan CRS dipasang dalam bilangan mengikut jumlah anak. Kelonggaran diberikan dalam pelaksanaan ini,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar.

Menurut beliau lagi yang menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, tindakan penguatkuasaan yang bakal dijalankan bermula 1 Januari ini berhubung penggunaan CRS dilakukan dengan mengambil pendekatan pendidikan dan nasihat, bukan tindakan keras bagi mereka yang gagal mematuhi peraturan itu.

Menjawab soalan mengenai keputusan kerajaan mewajibkan semua kanak-kanak dengan ketinggian 135cm supaya menggunakan CRS, Kamarudin berkata ia kerana CRS direka khas untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak disebabkan tubuh badan mereka masih diperingkat tumbesaran dan struktur tulang yang masih belum matang.

Katanya lagi, CRS juga membolehkan badan kanak-kanak menahan daya hentaman daripada impak kemalangan dengan lebih baik berbanding penggunaan tali pinggang keledar sahaja.

“Had ketinggian 135cm dinyatakan dalam peraturan CRS kerana bagi kanak-kanak yang melebihi ketinggian ini mereka telah mempunyai saiz tubuh badan yang lebih sesuai untuk menggunakan tali pinggang keledar biasa yang sedia ada dalam keadaan selamat.

“Ini kerana tali pinggang keledar tiga point dalam kenderaan adalah direka untuk penumpang dewasa dengan ketinggian 135 cm ke atas,” katanya.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 15 Jan 2018

Kadar Radiasi Dari Telefon Pintar Boleh Jejas Sel Otak

Radiasi dari signal smartfon ni sangat bahaya tau, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang

LIFESTYLE Wed, 3 Apr 2019

你不可不知的清明扫墓小常识!

扫墓这个传统习俗,除了农历新年外是华人很重视的日子,但是你知道吗?清明节扫墓有着很多的讲究……

LIFESTYLE Tue, 12 Dec 2017

Kesalahan Etika Pemakaian Ketika Hadiri Temuduga

Pakai Macam Ni, 90 Peratus Permohonan Kamu Ditolak”, Lelaki Ini Senaraikan Kesalahan Etika Pemakaian Ketika Hadiri Temuduga

LIFESTYLE Thu, 5 Sep 2019

前任还会主动和我联系吗?

分手后,有时被提分手的一方,总是苦苦守着手机,希望接到前任的联系……

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019

Hanya Kerana Vape, Paru-Paru Gagal?

Boleh ‘vape’ tapi jangan sampai melarat ya.

LIFESTYLE Sun, 16 Sep 2018

超完美的渡假!租下整座海岛开趴「360度全是蓝色珊瑚礁」

若想要出国玩,许多人习惯上Airbnb上找民宿、旅馆,那若是想要来个完美的假期,肯定会想带着另一半、好朋友们一起度过,现在推荐你:把整座海岛租下来开趴吧!

LIFESTYLE Sat, 2 Feb 2019

Cara Mudah Cuci Baju Putih

Bila beli warna cantik putih bersih dah pakai dan basuh lelama warna baju kusam.

LIFESTYLE Fri, 13 Apr 2018

Alamak…Ribut Kuat Jejas Taj Mahal!

Seorang wakil daripada agensi Archaeological Survey of India, Bhubanesh Kumar menyifatkan kerosakan itu sebagaikecil dan akan dibaik pulih oleh satu kumpulan pakar.

LIFESTYLE Sun, 2 Dec 2018

Motivasi Turunkan Berat Badan, ‘Ambil Gambar’ Sekerapnya

Siapa yang tak nak ada ‘body’ cantik dan kurus? Impian semua wanita yang ada di luar sana bukan ?