LIFESTYLE By: SGMS Enal October 10, 2018 @ 12:48pm

Rawatan dan Pencegahan Sakit Telinga

Sebelum ini admin berkongsi tentang punca sakit telinga. Bila sakit telinga jangan dibuat main sebab tersilap tegur boleh naik angin yang menanggung sakit. 

Ingat lagi tak tanda-tanda sakit telinga

  • Kurang pendengaran
  • Kegatalan
  • Lelehan telinga

Pastinya setiap penyakit ada penawar ada ubatnya. Perlu bersabar dan ikut doktor untuk cepat sembuh. Antaranya adalah

  • Tahi telinga termampat boleh dilembutkan dengan minyak zaitun atau sayuran atau ubat titik telinga sodium bicarbonate sebelum dikeluarkan oleh kakitangan perubatan yang terlatih/ENT doktor.
  • Ubat titik telinga ini boleh dibeli di farmasi.
  • ‘Syringing’ iaitu menyembur tahi telinga dengan air suam dan hanya boleh dilakukan oleh kakitangan perubatan yang terlatih sahaja. Amalan ini tidak boleh dilakukan pada telinga yang terkena jangkitan atau gegendang telinga berlubang. Prosedur ini jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang, penig, loya dan muntah.
  • Ubat tahan sakit yang ringan seperti ‘paracetamol’ boleh diambil jika sakit menjadi teruk.
  • Jangkitan pada saluran telinga mesti dirawat oleh pakar telinga hidung dan tekak. Ia memerlukan cucian yang sempurna, memasukkan kain yang berubat atau mungkin pembedahan.
  • Ubat titik telinga yang mengandungi ‘corticosteroid’ boleh mengurangkan dan menyembuhkan radangan pada saluran telinga. Ubat Anti-bakteria atau anti-fungus mungkin diperlukan jika terdapat jangkitan. Pil atau suntikan antibiotik boleh digunakan untuk merawat bisul / ‘furuncle’ di dalam saluran telinga. Penyaliran nanah mungkin diperlukan.
  • Kesakitan telinga akut beserta kurang pendengaran dan selesema menandakan jangkitan kuman pada telinga tengah. Keadaan ini memerlukan rawatan awal dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan ‘decongestant’. Ini untuk mengelakkan gegendang telinga pecah dan nanah meleleh.

Dari kata-kata orang tua,  lebih baik mencegah dari merawat.  Bukan sebab apa, dimana bila sakit sudah yiba pelbagai ubat perlu diambil. Tidak kira lagi dengan temujanji doktor untuk kembali pulih

Antara cara untuk mencegah:

  • Tahi telinga bergerak secara perlahan ke arah lubang telinga dan terkeluar. Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Bagaimanapun, kain boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada lubang telinga.
  • Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian tengah, tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri. Ia juga menyebabkan berlakunya gegendang telinga berlubang dan jangkitan pada saluran telinga (otitis externa).
  • Pengidap ‘Eczema’ perlu berhati-hati mengorek telinga dengan putik kapas kerana ia akan menyebabkan keadaan lebih teruk.
  • Elakkan daripada menghembus hidung dengan kuat atau berenang / menyelam semasa mengalami selesema. Ini boleh menyebabkan jangkitan telinga tengah (otitis media)

Admin berharap dengan perkongsian ini sedilit sebanyak dapat membantu anda di luar sana

Sumber : myhealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 5 Aug 2018

Tips Mengatasi Kemurungan:

Meluahkan apa yang terbuku di hati mungkin jalan terbaik untuk melegakan perasaan bagi anda yang mengalami kemurungan. Kalau tidak apa kata baca tips lain yang boleh atasi kemurungan

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018

Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Tak nak pening kepala lagi hilangkan bau durian dalam kereta apa kata cuba tips ini

LIFESTYLE Thu, 1 Feb 2018

Kongsi Tips Gubah Hantaran RM19 Sedulang

Hantaran yang sudah menjadi salah satu daripada kemestian dalam majlis perkahwinan melayu dan ini antara gubahan bajet untuk anda

LIFESTYLE Tue, 20 Aug 2019

Kenapa Suntikan BCG Tinggalkan Parut?

Ada sebab rupanya ia berparut, yang mementingkan kecantikan tak perlu risau lagi ya!

LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

LIFESTYLE Wed, 6 Dec 2017

【男女必看】不要再浪费!香水喷在这六个部位才对

每个人都有自己喜欢的香水,但如何使用你的香水,使其发挥最佳效果呢?

LIFESTYLE Fri, 6 Dec 2019

云顶冬季仙境!仿佛身在国外过圣诞

配合圣诞节,云顶世界将举办有史以来最盛大的圣诞派对,倒数迎接一年之中最美好的一天。

FESYEN Thu, 8 Aug 2019
LIFESTYLE Sat, 12 Oct 2019

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak