LIFESTYLE By: SGMS Faida September 6, 2018 @ 6:30pm

‘ Saya Pilih Jadi Isteri Ketiga Sebab…’ Wanita Ini Kongsi Pendapat Pilih Hidup Poligami

Isu poligami adalah isu paling sensitif untuk dibincangkan di kalangan wanita. Iyalah, bukan semua boleh terima untuk bermadu kan?

Beristeri ramai mungkin menjadi idaman sesetengah lelaki tetapi ia mungkin mencetuskan ‘perang’ dunia ketiga bang! 

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Haryani Ithnen, dia menjelaskan mengapa memilih jalan untuk bergelar isteri ketiga. 

Tulisnya di laman Facebook, salah satunya adalah kerana inginkan ‘privasi’.

“ Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. 

“ Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun. Seterusnya, bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu,” ujarnya.

Tambah wanita ini, dia melihat ada di antara rakan-rakannya yang telah berkahwin namun duduk berasingan (PJJ).

“ Untuk wanita lewat usia.. samada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yg lebih tua dari dia dan baik.

“ Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat,” katanya.

Dalam masa sama, Haryani berpendapat dia lebih gemar menjadi isteri separuh masa.

“ Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Hehehe… penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.

“ Dan yang terakhir, saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya. Oleh itu, Saya pilih poligami,” katanya.

Dia juga berpesan, bagi wanita di luar sana yang belum berjumpa manisnya berpoligami, itu tanda masih kurang ilmu dan menyarankan mereka di luar sana untuk terus belajar. 

Hurm, tepuk dada tanya selera. Sediakah anda? 

Sumber: Facebook Haryani Ithnen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Tahniah! Baby Pipi Merah Selamat Dilahirkan!

Puteri sulongnya itu yang dilahirkan secara pembedahan seberat 3.55 kilogram berada dam keadaan baik dan sihat.

Featured Mon, 5 Sep 2022

“Penat Juga Nak Jaga…” – Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak

Biasalah kena lah tegas dalam mendidik anak-anak kan nanti manja pulak..

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Tips Untuk Kulit Cantik

Siapa yang tidak inginkan kulit cantik bukan. Ini perkongsian dari Bella Dally bagaimana beliau menjaga agar kulit kelihatan cantik  1. Tidak pernah tinggalkan rutin penjagaan kulit Bella mengamalkan tiga langkah sebaik bangun dari tidur. Cuci muka,

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Siti Nurhaliza Harapkan ‘Terang’ Bantu Pesakit Jantung!

Lagu ini bakal memberi semangat kepada kanak-kanak ini untuk terus kuat dan bersemangat!

Hiburan Mon, 24 Feb 2020

“Memang Level International”- Neelofa Jadi Selebriti Malaysia Pertama Dijemput Ke Pertunjukan Fesyen Mewah Versace

Seringkali kita melihat susuk selebriti dan personaliti Malaysia Neelofa hadir ke pertunjukan fesyen mewah di luar negara. Daripada jenama terkemuka seperti Dior, Giuseppe Zannoti, Bottega Venetta, Prada. Terbaru, pengusaha jenama Nealofar itu kini dijemput menjadi

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Wow! Siti Nurhaliza Masuk Kelas Vokal Demi Konsert Jelajah

Katanya, konsert berskala besar ini tidak hanya fokus kepada dirinya sahaja tetapi…

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia?

Wow! Mampukah Sufian Suhaimi mencipta sejarah dalam #AJL33 nanti? Sama-sama kita tunggu

| Live TV