Acara By: Khairil Khusyairi December 13, 2022 @ 2:54pm

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Program realiti masakan keluarga, Dapur Tempur kini bakal mengakhiri pencarian jaguh memasak apabila kian hampir ke kemuncak. Pasangan manakah yang mampu menawan hati  juri sekaligus memberi resepi makanan terbaik?

Dinilai dari segi professional oleh juri tetap Cef Adu Amran dan Sheila Rusly serta juri jemputan mingguan, Dapur Tempur menampilkan dua cabaran yang menguji kemahiran memasak para peserta. 

Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, setiap pasangan yang dipilih mempunyai pengalaman yang bagus bahkan ini adalah peluang bagi mereka merapatkan lagi hubungan sebagai ahli keluarga.

“Pencarian untuk pasangan pemenang yang berkualiti bermula dengan figura penting yang arif dalam dunia masakan. Chef Adu dan Sheila Rusly memainkan peranan yang sangat mustahak untuk memberi komen dan hala tuju yang sebenar kepada setiap peserta supaya mereka sentiasa berada di tahap yang tertinggi sepanjang program Dapur Tempur.

“Setiap nasihat atau teguran apa yang disampaikan oleh juri adalah peringatan dan ilmu yang penting untuk mengingatkan peserta supaya kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan yang berulang. Ini adalah rancangan realiti dan tentunya akan ada saat-saat dramatik dan emosional bukan sahaja peserta, bahkan penonton memberi tumpuan kepada setiap senario yang diketengahkan dalam program ini.

“Setiap pasangan yang dipilih menyertai program realiti ini adalah yang benar-benar mempunyai pengalaman memasak, berpengetahuan dan mahir menggunakan setiap bahan masakan. Bagi pihak TV9, kami ingin peluang ini digunakan oleh peserta sebaiknya untuk mereka menonjolkan bakat mereka dalam bidang masakan. Ini juga merupakan antara momen terbaik untuk mereka merapatkan lagi silaturahim sesama mereka sebagai ahli keluarga kerana ada di antara mereka merupakan suami isteri, ibu dan anak, biras, pak cik dan anak saudara serta adik beradik,” katanya.

Setelah menutup tirai minggu keenam pada hari Khamis yang lalu, medan pertempuran di Dapur Tempur menampilkan barisan peserta hebat yang layak ke pusingan separuh akhir yang terdiri daripada pasangan pak cik & anak saudara Pendekar Malaya (Mohd Haizal Ismail, 47 & Irfan Hariz S Miswandi, 20), pasangan suami isteri Masam Manis (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31), pasangan kakak & adik Seketul Rasa (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32), serta pasangan ibu & anak Sudap Sudip (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Arif Haron, 37).

Pemenang program Dapur Tempur yang dibawakan oleh Panasonic dan NONA akan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara pula berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Tempat ketiga membawa pulang mesin pembuat roti Panasonic manakala tempat keempat membawa pulang pemerah jus perlahan Panasonic. Bagi pemenang mingguan pula, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA dan pemenang cabaran NONA membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

Adakah cabaran yang disediakan pada minggu separuh akhir lebih hangat dan lebih mencabar? Dapatkah para jaguh memasak membuktikan kemahiran mereka dihadapan barisan juri yang juga merupakan para jaguh di dapur?

Jangan terlepas untuk menonton Dapur Tempur Separuh Akhir yang akan bersua pada hari Khamis, 15 Disember, jam 8.30 malam di TV9 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta YouTube TV9 Malaysia. Gunakan #dapurtempur dan filter berkonsepkan game Dapur Tempur di Instagram untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 May 2023
Drama Sun, 16 Apr 2023

Drama Kontroversi Anak Tuan Bakal Bersiaran Malam Ini, Pamer Babak Viral Fasha Sandha Tercedera

Allahu, mesti best ni kalau dah fasha dan azhan rani bergabung🔥🔥🔥

LIFESTYLE Thu, 10 Jan 2019

Every Man Needs At Least One Set of Suit

As per Barney Stinson’s words, “Suit up!”

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kes Saman Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Belum Selesai

Tindakan lanjutan ini adalah untuk memberi pengajaran sebenarnya

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Eat Travel Fri, 9 Nov 2018
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Having a Busy Schedule Doesn’t Deter Datuk Siti from Being a Mum

Being a mum and career woman isn’t the easiest task to handle but Datuk Siti shows us how it’s done.

Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Didakwa Malu Guna Bahasa Melayu Dalam Lagu, Hilang Jati Diri? Dolla Ada Misi Tersendiri

Tak baik cakap macam tu! Dah cukup bagus dah Dolla harumkan nama Malaysia 🇲🇾🇲🇾

Trending Tue, 17 Mar 2020