LIFESTYLE By: Padin December 4, 2021 @ 6:32pm

Sertai Bootcamp, 300 Peniaga Bangkit Selepas Pandemik

Susulan musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, banyak perniagaan tidak terkecuali yang didirikan secara kecil-kecilan oleh golongan usahawan dan peniaga tempatan menerima tempias akibat mata pencarian mereka yang terjejas.

Bagaimanapun, harus diakui bahawa ramai anak muda pada saat ini begitu rajin dalam berusaha mencari rezeki demi terus menyara keluarga dan kehidupan seharian mereka.

Jenama wangian popular, SugarBomb Malaysia yang sinonim dengan memperkasakan lagi golongan usahawan dan peniaga tempatan dengan produk wangian buatan sendiri, bertindak menganjurkan program ‘Bootcamp’ yang bertemakan “BANGKIT SUGARBOMB” bagi tujuan menolong para peserta menerusi perkongsian ilmu pengetahuan dan selok-belok berguna yang dapat menghidupkan kembali dan meningkatkan perniagaan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari Rosli:

“SugarBomb Bootcamp 2021’ telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan.

“Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan-rakan media lain turut sama menyertainya.

“Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagilagi dalam musim pandemik COVID-19.

“Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka.”

Antara program yang diadakan sepanjang hari itu termasuklah sesi perkongsian mengenai ‘marketing’ dan ‘perfume profiling & perfume making’ yang mana para peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi mencipta minyak wangi mereka sendiri.

Turut memeriahkan ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ ialah kumpulan hip hop Malaysia, Ruffedge yang menangkap perhatian ramai menerusi persembahan lagu-lagu hit seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, iaitu “Kau Memang Da Bomb”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 23 Feb 2019

Here are 5 Travel Tips for a Smooth Sailing Adventure

You’d be surprised how simple steps here and there can make such big changes to your entire journey.

LIFESTYLE Wed, 21 Nov 2018

Cermin Berhantu Milik Kapten Kapal Titanic Akan Dijual Bermula RM50,000

Kapten Smith akan sentiasa munculkan wajahnya di dalam cermin itu setiap kali ulang tahun Titanic.

LIFESTYLE Wed, 13 Nov 2019

你是个留恋过去的人吗?

面对过往的人事物放不下,或习惯回头看看……

LIFESTYLE Wed, 16 May 2018

5 Tanda Kucing Menghidap Kanser Atau Sebaliknya

Jangan ingat manusia sahaja yang mengidap kanser haiwan peliharaan pun boleh juga

FESYEN Thu, 28 Mar 2019

Adakah Anda Yang Kami Cari?Pencarian Wanita Melayu 2019 Kini Kembali!

Adakah anda Ikon Wanita Melayu 2019 yang kami cari?

LIFESTYLE Sun, 11 Mar 2018

每天1颗蛋竟会延长「眼睛寿命」?

超级跌破眼镜! 3C产品已如病毒般肆虐着每个地球人,且大马人平均每天花费大约9小时用桌面和移动屏幕上,如此可怕的数据让民众急于借饮食补充叶黄素和玉米黄素,不过专家首推的「护眼食材」竟然不是菠菜或玉米,这到底是怎么一回事呢?

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

抗老除皱?胶原蛋白该怎么吃

近几年更推出胶原蛋白饮,标榜只要天天喝,细纹就会慢慢不见,成为出国旅游的必买战利品。只是,它的功效真的有那么神奇吗?

LIFESTYLE Fri, 29 Nov 2019

7 Skin Care Tips That Aren’t Total BS

Follow these tips and you’ll see the transformation in matter of days!

Fab Foodies! Wed, 6 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Nasi Impit Goreng Kampung

Nasi impit direbus sehingga masak dan sejukkan, Potong mengikut citarasa anda. Tak susah pun, cepat dan lazat! Kalau ada lebihan nasi impit dalam peti korang, cuba hari ini.

LIFESTYLE Mon, 17 Sep 2018

The Epic History of Sentul Depot at Sentul West

Rich in history and Instagram-ready spots 😉