LIFESTYLE By: SGMS Enal February 10, 2019 @ 2:48pm

Terdedah Kepada Risiko Kanser Usus Jika Duduk Lama Menonton TV

Kajian yang dikeluarkan dalam jurnal perubatan, JNCI Cancer Spectrummendakwa duduk dalam tempoh yang lama iaitu sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari menonton televisyen boleh meningkatkan risiko kanser usus sebelum menjelang usia 50 tahun.

Diketuai oleh Dr. Long Nguyen daripada Massachusetts General Hospital dan Harvard Medical School mendakwa bahawa risiko berkenaan boleh meningkat sehingga 70 peratus sekiranya seseorang meluangkan masa 2 jam atau lebih di hadapan kaca tv.

Menurut laporan Times Now News, pasukan penyelidik melakukan kajian ke atas tingkah laku tidak aktif yang ditunjukkan oleh 89,278 responden wanita berusia diantara 25 hingga 42 tahun di Amerika Syarikat.

Daripada jumlah tersebut, lebih daripada separuh 118 kes masalah kanser usus dalam kalangan orang muda menunjukkan tabiat duduk di depan tv lebih daripada sejam setiap hari. Tingkah laku tersebut menunjukkan pesakit-pesakit tersebut mempunyai risiko 12 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang kurang meluangkan masa di depan tv.

Kajian yang ikeluarkan oleh JNCI Cancer Spectrum adalah antara kajian terawal yang mengaitkan tingkah laku tidak aktif dengan masalah kanser usus.

Dalam kebanyakkan kes, kanser usus yang biasanya boleh dielak sekian lama dipercayai hanya menyerang inidividu-individu berusia 50 tahun ke atas, bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku peningkatan kes kanser usus dalam kalangan pesakit berusia 20-an dan 30-an.

Sumber: Times Now News

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 24 May 2019

起床8地雷!一醒就下床、看手机都错

超过90%都中!起床8大地雷 一醒就下床、看手机都NG

Fab Foodies! Mon, 13 Aug 2018

Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol

Untuk itu menurunkan kolesterol jahat yang naik boleh cuba mengambil makanan yang dikongsikan

LIFESTYLE Sat, 2 Jun 2018

Yeay! Wanita Arab Saudi Mula Terima Lesen Memandu

Dijangka pada minggu depan, tambahan 2,000 wanita akan turut menerima lesen mereka.

LIFESTYLE Sat, 17 Aug 2019

Waa… Sekarang Boleh Riadah Di Stadium Bukit Jalil Hujung Minggu

Untungnya siapa yang duduk berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil

LIFESTYLE Sun, 22 Sep 2019

烟霾来袭该如何饮食?

炎热天气和印尼烧芭烟霾的夹击,让大家的健康似乎出现了问题,如眼睛干涩、喉咙痛等;到底烟霾来袭该如何饮食?

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

【2019十二生肖运程】幸运生肖前3名,好运到谁家?

2019年为己亥猪年,什么生肖运程最好?

LIFESTYLE Wed, 27 Nov 2019

马来西亚人对独自旅行既爱又恨!

从前人们去旅行总是三五成群,但近年来越来越多人开始独自旅行,以享受独处时光……

LIFESTYLE Thu, 4 Oct 2018

Ismail, Fatimah Pilihan Nama Paling Popular Di Malaysia

Nama yang paling panjang tercatat untuk tahun lalu iaitu Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

LIFESTYLE Thu, 3 May 2018

近期反复有4个异常,是免疫力“亮红灯”了!

人体之所以会患病跟免疫力高低有着紧密联系,免疫力高,疾病就无法胡作非为,免疫力低下就无法抵抗疾病入侵,那么到底免疫力下降有什么征兆呢?

Fab Foodies! Sat, 13 Jan 2018

金马仑珍珠玉米和山寨玉米 你有买对吗?

金马伦竟然有三寨玉米?而且还跟珍珠玉米很像。虽然有很多不肯定,不用担心!小编会慢慢为你们解释,只要跟着这片文章,你你就会学到如何分辨出真的珍珠玉米!