LIFESTYLE By: SGMS Enal November 10, 2019 @ 10:24am

Tidak Semua Ingin Berkongsi Kesukaran Mendapat Anak

“Saya tidak malu untuk memberitahu atau berkongsi dengan dunia semua masalah dan kesukaran yang perlu saya lalui untuk mendapat anak.”

Itulah kata-kata Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bertitah pada majlis perasmian pusat fertiliti, Alpha IVF and Women’s Specialists di Encorp Strand Mall baru-baru ini.

Tunku Azizah bertitah semua kesukaran yang dialami membuat baginda memahami perasaan wanita atau pasangan lain apabila mereka tidak dapat memiliki anak mereka sendiri dan itulah yang menjadi pendorong untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

“Sekarang, rasanya saya menjadi satu-satunya Permaisuri di dunia yang mempunyai empat bayi IVF (In vitro fertilization). Saya memutuskan untuk mempunyai yayasan fertiliti sendiri kerana mahu membantu semua wanita dan pasangan di luar sana yang tidak dapat melahirkan anak kerana masalah perubatan tertentu.

“Saya tahu bagaimana rasanya apabila tidak mempunyai anak, stigma yang kita ada mengenai wanita sentiasa dipersalahkan (untuk keadaan itu), tetapi ia sebenarnya adalah persamaan jantina,” titah baginda.

Semasa menzahirkan kesyukuran doanya dimakbulkan, Tunku Azizah juga berterima kasih kepada pasukan perubatan dan para doktor atas usaha mereka dalam memperkenalkan teknologi berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah, serta Pengasas dan Pengarah Urusan Alpha IVF and Women’s Specialists, Datuk Dr Colin Lee dan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Majlis itu juga menyaksikan pusat fertiliti itu memberi penajaan 15 rawatan IVF kepada TAFF.

Sementara itu, pada sidang media, Dr Lee berkata pusat berkenaan menyediakan program Smart IVF untuk membantu pasangan dari golongan berpendapatan rendah (B40) yang menghadapi masalah untuk hamil.

“Kos program bermula dari RM13,888. Ini adalah bentuk IVF yang dipermudah yang efektif dan mempunyai kadar kehamilan kira-kira 50 peratus bagi mereka yang berumur di bawah 35 tahun. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan dari TAFF, ” jelasnya.

Dr Lee berkata semakin moden masyarakat hari ini, semakin tinggi risiko ketidaksuburan dan kesukaran untuk mereka hamil.

Dalam banyak kes, beliau berkata wanita di kawasan bandar kebanyakannya berkahwin selepas mencapai umur 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan kerana gaya hidup moden.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 9 May 2018

「冷vs.热咖啡」谁提神效果较好? 

咖啡热热喝比较好?许多民众早、晚来杯咖啡为的就是提神,而近日网路上出现「喝热咖啡比冰咖啡有用」一事,认为想要直接清醒最快的方式就是选择热的,这是否正确呢?

LIFESTYLE Sat, 28 Apr 2018

10项首投族「你一定要知道的事!」

随着国会4月7日解散,选委会宣佈第14届大选投票日将落在5月9日。在本届大选中,有超过197万个选民都是首次参与投票的「首投族」。在投票时,到底有哪些事项是要注意的呢?

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
LIFESTYLE Sun, 1 Sep 2019

Simptom-Simptom Anemia

Betul kata doktor lebih baik mencegah dari merawat. Kenali simptom simptom ini.

LIFESTYLE Fri, 5 Oct 2018

「恐怖之夜」全马最大型的万圣节庆典!

由马来西亚双威主题乐园举办的「恐怖之夜」又回来啦!迈入第六个年头的全马最大型万圣节庆典,恐怖将升级,势必让人感受到一种前所未有的恐惧。

LIFESTYLE Thu, 22 Nov 2018

Jangan Main-Main, Kenali Simptom Denggi Lebih Awal!

Lebih baik mencegah dari merawat dimana secara tidak langsung dapat memberi kita membuat keputusan dengan pantas dengan terus ke hospital untuk mengambil rawatan

Featured Wed, 21 Dec 2022

Ummi Nazeera Takut Tonton Cerita Hantu, Aishah Azman Bertindak Jadi Narator.. Netizen Pula Beri Tip Tengok Naskhah Seram

Pelakon cantik Ummi Nazeera mendedahkan dia takut untuk menonton filem seram.   View this post on Instagram   A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) Menonton filem seram bersama pelakon Aishah Azman, Ummi tidak dapat […]

LIFESTYLE Wed, 14 Nov 2018

5 Tips Guna Pressure Cooker Untuk Lembutkan Daging

Petua yang dikongsikan adalah antara amalan turun-temurun oleh mak-mak kita sehinggalah ke hari ini

error: Content is protected !!