LIFESTYLE By: SGMS Enal September 18, 2019 @ 3:00pm

Topeng N95 Yang DiGuna Waktu Jerebu Ada Kelemahannya !

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan akhbar di laman web rasmi, memaklumkan beberapa nasihat untuk diikuti oleh orang ramai terutama berkaitan penggunaan penutup hidung dan mulut ketika jerebu.

Bagi mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemaran semasa jerebu, orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti di luar bangunan sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, iaitu indeks kualiti udara yang tidak sihat.

Ini terutama anak-anak kecil dan mereka yang mengidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

Baca: Opss, Jangan Salah Pilih Topeng Muka

Orang ramai disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing dengan melayari laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/, dan mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.

Penutup hidung dan mulut N95 paling berkesan apabila,

  • Digunakan ketika keadaan berhabuk dan berjerebu
  • Hadkan kepada aktiviti yang sangat penting sahaja
  • Pendekkan tempoh berada di luar bangunan.
  • Elakkan aktiviti fizikal yang akan meningkatkan kadar pernafasan (Respiratory efforts) semasa berada di luar.

Sekiranya masih perlu melakukan aktiviti di luar, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan penutup hidung dan mulut. Penggunaan penutup hidung dan mulut N95 adalah paling berkesan untuk kegunaan ketika keadaan berhabuk dan berjerebu dengan menapis udara yang disedut oleh manusia.

Kelemahan N95

Penutup hidung dan mulut N95 juga mempunyai beberapa kelemahan,

  • Ia hanya berfungsi dengan baik sekiranya dipakai dengan sempurna atau “fit”.
  • Penutup hidung dan mulut N95 tidak direka bagi kanak-kanak, dan pemakaian sempurna (perfect fitting) adalah sukar bagi mereka yang berjanggut atau berjambang.
  • Penggunaan penutup hidung dan mulut N95 juga boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sukar bernafas di kalangan pengguna
  • Boleh menyebabkan tidak selesa dan asyik ubah topeng hingga tidak dapat melindungi pengguna secara berkesan.

Kenapa guna penutup hidung dan mulut tiga lapis?

Penggunaan penutup hidung dan mulut tiga lapis pula bertujuan menghalang kuman yang boleh merebak melalui pernafasan, tetapi ianya tidak sekedap respirator N95. 

Adalah lebih baik memakai penutup hidung dan mulut tiga lapis daripada tidak memakai pelindung pernafasan langsung terutama ketika menjalankan aktiviti di luar.

Jika ada tanda- tanda seperti

  • batuk,
  • selsema,
  • asma,
  • sakit mata,
  • jangkitan paru-paru,

Anda disyorkan datang ke klinik bagi pemeriksaan dan rawatan sewajarnya. Bagi mendapatkan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang KKM iaitu http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183.

Sumber : https://kpkesihatan.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 18 Feb 2019

瘦不下来?一切都是因为你「吃错晚餐」

你会变胖、瘦不下来不是因为你不努力,是因为你「吃的不对」。

Featured Thu, 16 Mar 2023
Events Wed, 12 Sep 2018
Fab Foodies! Tue, 11 Dec 2018

Watch the New Year Fireworks from DoubleTree Hilton Kuala Lumpur

It’ll be a great way to enjoy the view but still be away from the crowd.

LIFESTYLE Tue, 22 Oct 2019

Touch‘n Go电子钱包「Jom Makan」优惠延伸至全马六州!

马来西亚人对美食有独特的追求和向往,因此Touch ‘n Go 电子钱包决定进一步延伸「Jom Makan」美食促销活动至全国6个州属,并推出特别促销优惠给热爱汉堡和沙爹的粉丝们。

LIFESTYLE Sat, 2 Feb 2019

风水大师Kenny Hoo:2019年旺财催运贴士

CJ WOW SHOP与著名风水大师Kenny Hoo许鸿方合作,给你「2019年旺财催运」贴士!

FESYEN Thu, 19 Apr 2018

4 Lifehack Tampil Berseri Dengan Pemilihan Warna Baju Yang Tepat!

Pemilihan warna yang betul akan membuatkan anda lebih menyerlah. Namun, sekiranya anda memilih warna yang kurang tepat, bukan sahaja rupa anda kelihatan kusam, malah gigi juga akan kelihatan kuning!

LIFESTYLE Wed, 10 Oct 2018

Rawatan dan Pencegahan Sakit Telinga

Kalau anda mengalami sakit telinga bagaimana ingin merawat dan mencegah. Harap dapat membantu anda di luar sana

LIFESTYLE Wed, 16 Oct 2019

Tiada Undang-Undang Sekat Majikan Ambil Wanita Hamil Bekerja – Mahfuz

Usaha melindungi pemohon kerja daripada segala bentuk diskriminasi