Travelogue By: Padin March 10, 2021 @ 6:29pm

Jadi Persona Baru di Putrajaya, Artis Otai Tarikan di D’Empangan Udang Galah

Usai melewati bandar bernama Putrajaya, pastinya anda pulang dengan perasaan bangga yang berbekas dalam hati.

Mana mungkin pengunjung tidak terpersona, bandar berkeluasan 4,931 hektar ini menjanjikan anda satu pengalaman yang berbeza, dengan infrastruktur yang sistematik, dilatari bangunan yang unik mempersona lagi indah, dikelilingi kehijauan taman dan kebiruan tasik membentuk mercu tanda kebanggaan Malaysia.

Selain beberapa lokasi yang menjadi tarikan pelancong seperti Istana Kehakiman, Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Masjid Besi, Monument Millenium, Masjid Putra, Morrocan Pavilion dan Taman Botani, Putrajaya juga dikenali sebagai “lubuk” udang galah.

D’Empangan Udang Galah, salah satu lokasi makan popular di Putrajaya kembali merancakkan operasinya selepas sekian lama sepi ekoran terjejas pandemik COVID-19.

Pemilik premis, Datin Zurinah Mohd berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada pengusaha restoran memberi semangat baharu untuknya menghangatkan semula lokasi berkenaan, sekali gus membantu peniaga-peniaga gerai di situ menjana kembali pendapatan yang terjejas.

“Impian saya untuk menjadikan D’Empangan Udang Galah sebagai pusat komersil udang galah. Dalam Putrajaya ini, hanya kita sahaja yang menawarkan makanan beradaskan udang galah.

“Jadi selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak perniagaan yang terjejas, sebagai pemilik premis menjadi tanggung jawab saya menaikkan D’Empangan Udang Galah semula. Membawa objektif yang lebih besar, kami mahu menjadikan D’Empagan Udang Galah, sebagai salah satu tarikan pelancongan di Putrajaya,” katanya.

Menyediakan aneka hidangan berasaskan udang galah, pengunjung berpeluang menikmati
hidangan yang lazat dengan harga berpatutan, sambil menyaksikan panorama indah Tasik Putrajaya terutamanya di waktu malam.

Bukan itu sahaja, D’Empangan Udang Galah juga satu-satunya lokasi di Putrajaya yang berkonsepkan makan sambil berhibur.

Dimana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan hiburan dari artis residen tetap antaranya Hail Amir, Razis Ismail, Shidee dan Isma AF.

Tidak terbatas pada hidangan berasaskan udang galah, D’Empangan juga menyediakan hampir sembilan buah gerai kecil ala kiosk dengan masing-masing menjual aneka menu yang tidak menghampakan selera anda.

Pengunjung juga boleh mencuba hidangan seperti Char Kue Tiaw, Yong Tau Foo, Roti John, Nasi Arab, Nasi Lemak Pandan, Nasi Dagang serta gorengan seperti pisang, ubi, baby crab atau colek ala rojak.

Bagi mereka yang ingin membasahkan tekak dan sukakan menu manis, gerai manisan dan ais krim Sangkaya juga ada disediakan di sini dengan pilihan perisa menarik mengasyikan.

D’Empangan Udang Galah juga bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan pelbagai pakej istimewa.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai D’Empangan Udang Galah, sila hubungi Encik Zul di 012-2704304.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 8 Sep 2018

Jangan ‘Cuwak’ Bila Passport Hilang, Si Kaki Travel Sila Ikut Langkah Di Bawah!

Menerusi perkongsian dari Yusoff Ahmad, lelaki ini pernah kehilangan passport ketika bercuti ke Frankfurt. Lebih mendebarkan, dia ke sana berseorangan. Jadi, ini sedikit perkongsian ilmu untuk korang yang bakal bercuti tak lama lagi!

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Japan Starts Implementing 1,000 Yen Departure Tax Today

Remember to save aside enough amount when exiting the country.

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

LIFESTYLE Mon, 23 Apr 2018

Are You Crazy About Travelling? It’s in Your Genes!

Science has proven that we’re wanderlusts because of our genetics.

LIFESTYLE Tue, 8 May 2018

13个「闭上眼都能出国」的世界各国交界处

世界上的许多国家都会有和其他国家相邻,就像我国和泰国,因此会有「国界」的产生。外国媒体整理了几张很有意思的「国界」,一起来看看吧!

LIFESTYLE Tue, 8 May 2018

4 Tips Rancang Cuti- Cuti Dengan Bijak Dan Jimat

Untuk memastikan ianya indah dan dalam masa yang sama jimat, ini di kongsikan antara tips rancang cuti-cuti yang biasa di amalkan sebelum bercuti

LIFESTYLE Tue, 30 Apr 2019
LIFESTYLE Fri, 12 Jul 2019

旅游不想拍无聊景点照!他加上「超神入化剪纸」让全球地标瞬间活起来

不论哪一座世界地标,到了艺术家Rich McCor的剪子下,都能神变身成充满奇想的剪纸艺术!

LIFESTYLE Thu, 17 May 2018

不用到南极!南半球这7处也可以看到野生企鹅

以野生动物为主题的旅游,在近年来也越来越受欢迎,很多人选择到非洲参加野生动物之旅。企鹅,也是大家喜爱的动物。当然,要看企鹅最快的方式是到动物园,但是人工的环境,其实吸引力很有限。野生企鹅哪里可以看到?

LIFESTYLE Tue, 31 Dec 2019