LIFESTYLE By: SGMS Faida June 1, 2018 @ 4:21am

Wow! Kedai Buku Beroperasi 24 Jam Kini Di Tamarind Square

Lebih luas, lebih masa untuk membaca! Berita baik bagi pecinta buku, BookXcess, pemilik rangkaian kedai buku serta penganjur pesta buku Big Bad Wolf (BBW) apabila melancarkan kedai buku pertama yang beroperasi 24 jam dan meliputi kawasan seluas 3,437 meter persegi (37,000 kaki persegi).

Terletak di Tamarind Square di sini, cawangan baharu BookXcess itu turut menawarkan lebih 500,000 buah buku dengan harga 50 hingga 80 peratus lebih murah daripada harga pasaran, meliputi pelbagai topik termasuk fiksyen, seni dan rekaan dan buku kanak-kanak dalam pelbagai bahasa.

Ketua Pegawai Produk BookXcess, Yujeen Chua berkata kedai itu yang dibuka sejak Selasa lepas diharapkan dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat terutama pelajar universiti di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya dan kawasan berdekatan.

“Selain itu, lokasinya yang dikelilingi keindahan landskap menjadi pilihan kerana ia lebih selesa untuk pembaca di BookXcess Tamarind Square, jauh daripada kesibukan bandar dan boleh memberi sumber inspirasi buat pembaca,” katanya semasa melancarkan kedai buku itu.

Beliau juga yakin walaupun kedai itu jauh dari Lembah Kelang, ia dapat menarik pelanggan kerana harga buku yang lebih murah akan menjadi faktor penarik pencinta buku untuk mengunjunginya malah bukan sahaja dari Lembah Kelang tetapi juga penduduk di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Yujeen berkata selain itu BookXcess Tamarind Square mempunyai tarikan berbeza kerana pusat beli-belah itu mempunyai landskap menarik untuk dijadikan sudut untuk fotografi.

Selain itu, kedai buku itu juga menyediakan ruang umum untuk pelanggan membuat kerja atau membaca, serta WiFi percuma, kafe dan ruangan untuk mengadakan aktiviti seperti kelas seni dan kraf serta pertandingan mewarna.

BookXcess yang mula dibuka di Amcorp Mall pada tahun 2006 kini sudah mempunyai tujuh cawangan, antaranya di beberapa pusat beli-belah seperti Starling Mall di Damansara, Fahrenheit 88 di Bukit Bintang dan 1Utama di Petaling Jaya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 27 Jul 2018

Wow! Pulang Hiasi Muka Depan Akhbar Utama

Pulang hasil karya Kabir Bhatia terbitan Primeworks Studios, diinspirasi daripada kisah hidup datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar.

LIFESTYLE Tue, 19 Dec 2017

Kebaikan Minum Teh Hijau

Minuman teh hijau semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di negarfa ini, tidak kira golongan apa pun. Malah, ada juga yang menjadikan ia minuman harian, memandangkan terdapat kajian mengatakan teh hijau mampu menguruskan badan.  Tahukah […]

Featured Sun, 19 Feb 2023
LIFESTYLE Sat, 11 Aug 2018

不想洗坏心爱的衣服?5个方法先「固色」就不怕衣服褪色

相信大家都有浅色衣服不小心被染脏了的经验,大部分的人只知道深色衣服和浅色衣服要分开洗,但是这样只能防止深浅色衣服互相沾染,而不能防止衣服渐渐褪色。

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

It’s A Girl! Congratulations To Aeril Zafrel And Wife, Wawa Zainal

Wawa Zainal and Aeril Zafril welcomes their third child in the family with warmth.

Fab Foodies! Fri, 31 Jan 2020

Bunga Cengkih Dapat Bantu Ketika DiSerang Gastrik

Tak salah mencuba rawatan alternatif

LIFESTYLE Thu, 1 Nov 2018

Hanya Kerana Pisang, Usus Adik Ini Hampir Pecah

“Usus Penuh, Padat Langsung Takde Ruang,” Hanya Kerana Pisang, Usus Adik Ini Hampir Pecah

LIFESTYLE Sat, 21 Dec 2019

Jangan Selalu Berjaga Sampai Lewat Malam.

Mungkin Jadi Punca Obesiti Dan Diabetes

LIFESTYLE Thu, 8 Nov 2018

为何在旅店就睡得特别好? 揭5星饭店「好眠」的秘密

有发现出国时住饭店,都会睡的特别香甜吗?

LIFESTYLE Thu, 30 Aug 2018

6 Jenis Meroyan Yang Perlu Anda Tahu

Membebel, cakap sendiri, tiba-tiba menangis…adakah si ibu sedang melewati fasa meroyan? Tapi perlu tahu, ada banyak jenis meroyan tau!