Events By: Salma Syahbuddin February 27, 2018 @ 10:03am

Anda Rasa Diri Cool? Ini Mungkin 5 Rancangan Hot Wajib Tonton Anda

Wow! tonton bukan sahaja mengumpulkan pelbagai koleksi drama local malah, turut mengumpulkan pelbagai drama antarabangsa seperti Korea (annyeonghaseyo!), Thailand (Sawadekap), China dan juga India. Bukan itu sahaja, rancangan-rancangan ini boleh di tonton menerusi siaran HD! Mesti korang cair tengok muka pelakon favourite Korea korang kan? 

Jom kita layan apa rancangan hot wajib tengok di tonton!

  1. Cross

Sebuah cerita mengisahkan tentang seorang pemuda yang berbakat besar dalam bidang perubatan lakonan Go Kyung-pyo, beliau belajar bersungguh-sungguh untuk membalas dendam terhadap kematian ayahnya yang dibunuh dengan kejam sejak 13 tahun lalu. Setelah berjaya memasuki sebuah Hospital, In-Kyu telah belajar cara-cara hendak menyelamatkan  nyawa dan juga cara ingin membunuh. Kerana niatnya adalah satu, iaitu mencari pembunuh ayahnya dan orang yang menyebabkan beliau mengalami sindro savant akibat accident yang berlaku sejak 13 tahun lalu.

2. Tiada Jodoh Arah Kita

Drama yang penuh dengan air mata ini masih mendapat jumlah tontonan dan carian yang tinggi. Sebuah drama yang pastinya menuntut air mata ini, pasti akan membuatkan penonton terkesan dengan storyline dalam cerita ini.  Tiada Arah Jodoh Kita mengisahkan tentang Afiya Awlia yang bercinta dengan Fayyad Syakir. Namun, Fayyad tiba-tiba telah meminang Afiya untuk sahabatnya sendiri. Megat Wakeel yang sakit. Wakeel kemudiannya meninggal dunia dan Fayyad kembali menagih semula cinta Afiya namun, Afia mengambil keputusan untuk mengahwini Aatif, abang Wakeel yang sudah menaruh perasaan kepadanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ending cerita ini, penonton bolehlah melayari laman web tonton dan menonton episod penuh cerita ini!

3. Mat Rukun

Kalau Tiada Arah Jodoh Kita menuntut air mata penonton. Mat Rukun pula pastinya akan menceriakan suasana dengan telatah dan lawak-lawak bersahaja dalam cerita ini. Mat, seorang lelaki yang suka memberontak terpaksa mengubah sikapnya apabila dia bakal dikahwinkan dengan pilihan keluarga, Ayu seorang gadis kampung yang cantik. Sebelum berkahwin, Mat diminta agar memahami dan menguasai rukun islam terlebih dahulu dengan bantuan Datuk Ayu yang tegas. Manakala, Rizal pula mempunyai perasaan terhadap Ayu dan mencuba pelbagai cara untuk memisahkan Kekasih hatinya itu dengan Mat. Nak tahu, Mat dan Ayu jadi kahwin ke tak, Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan ini di tonton!

4. Flower Ring

Drama ala-ala Korea versi Thailand berjudul Flower Ring ini, mengisahkan cinta romantik berunsur komedi antara dua individu yang agak skeptikal terhadap apa jua bentuk relationship terutamanya terhadap perkahwinan. Dengan slogan “Single is the best” telah menemukan Push dan Gypso dalam sebuah majlis perkahwinan di mana mereka telah menjadi sahabat dan kemudiannya melahirkan perasaan cinta antara mereka . Apakah agaknya kesudahan cerita ini? Saksikan drama penuh yang comel dan fresh ini menerusi tonton.com.my!

5. Bintang Bersama Bintang 2018 (Finale)

Bintang Bersama Bintang 2018 bakal melabuhkan tirainya pada 4 Mac ini. Pencarian Abang Long ini bakal dibarisi oleh pelawak seperti Ajak, Issey, Shuk, Achey dan Mark Adam. Pentas ini akan dimeriahkan dengan idea-idea kreatif para pelawak yang semestinya akan membuatkan anda di rumah mahupun di studio tidak kering gusi dengan persembahan mereka. Siapa yang bakal diangkat sebagai juara BBB 2018 kali ini, jangan lupa untuk saksikan siaran secara langsung berdefinisi tinggi menerusi tonton dan jangan  lupa undian anda juga sangat penting untuk Abang Long kegemaran anda. Jadi jangan lupa undi hanya di xtra.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

PEGANG MIKROFON TERBALIK, PROPA KE KHAI?

Kejadian itu menyebabkan  dia sendiri tidak sedar bahawa tindakannya itu mengundang malu lebih-lebih lagi program tersebut bersiaran secara langsung dan semestinya ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 3 Jan 2024

“Dah Lebih Setahun Saya Tiada Tawaran Besar” – Akibat Kontang ‘Job’ Berlakon, Lan Zailan Terpaksa Jual Kereta Kesayangan & Berniaga Kecil-Kecilan

Kasihannya sampai terpaksa jual kereta…min doakan abang Lan Zailan diberikan rezeki yang melimpah ruah Amin🤲🏻

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

Commercial Featuring BLACKPINK Banned in Indonesia

It’s apparently due to their miniskirts!

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa, Amin…

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Soal Rumah Tangga? Sorry, Tiada Jawapan Lagi Daripada Alyah Lepas Ini

Datin Alyah tiada niat nak mengaibkan sesiapa dan ini tidak terjadi setiap hari. Chill ok guys?