Automobile By: SGMS Faida August 17, 2018 @ 5:07pm

Menteri Pengangkutan Umum Saman AES Dibatalkan

Ini mungkin berita gembira untuk anda yang memiliki saman jalan raya! Menteri pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook baru mengumumkan kesemua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dibatalkan.

Kesemua saman itu membabitkan sejumlah RM435 juta sejak ia dilaksanakan pada 2012.

Selain itu, sistem berkenaan akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan JPJ.

“Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Selain itu katanya, kerajaan turut bersetuju untuk membayar balik RM555 juta daripada Tabung Lembaga Tabung Angkatan Tenteta (LTAT) secara berperingkat, yang digunakan kerajaan terdahulu bagi membayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.

“ Kerajaan juga bersetuju pelaksanaan Sistem eCall yang sepatutnya wajib dipasang pada kereta baharu bermula Julai 2019 ditangguhkan,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

Events Sat, 9 Jun 2018

Festival Anggun Life Himpun Selebriti Paling Ramai!

Nak tahu meriah tak meriah Anggun Life kali ini? Kenalah baca artikel yang kami dah sediakan!

Featured Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Thu, 12 Mar 2020
Featured Tue, 18 Oct 2022

“Sabarlah Ammar, Bapa Awak Aliff Syukri…” – Netizen Label Anak Sulung Lebih Matang & Tenang Persis Ibunya

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bukan saja sering mencetuskan kontroversi di media sosial malah, kelibatnya itu seolah-olah mahu meraih perhatian warganet. Terbaru, tular sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok peribadi miliknya, […]

Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

LIFESTYLE Fri, 29 Dec 2017

8 THINGS YOU SHOULD NEVER MISS THE CHANCE OF DOING IF YOU GO TO IPOH

We think that’s a cue for you to get packin’!