Events By: Salma Syahbuddin June 7, 2018 @ 8:16am

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Sebuah lagi lokasi ideal untuk berbuka puasa, PNB Perdana On The Park menzahirkan ‘Nostalgia Ramadan’ menerusi seleksi lebih 100 hidangan masakan tradisional Melayu. Ramadan yang berbaki lagi 7 hari semestinya menjadi momen istimewa buat yang ingin membawa keluarga mahupun teman ke Restoren 10 Binjai PNB Perdana On The Park. Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Nikmati hidangan lazat bertemakan dekorasi kontemporari bermula 15 Mei 2018 lalu sehingga ke hari terakhir Ramadan untuk pengalaman berbuka puasa di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang goreng taugeh antara seleksi menu yang mampu membangkitkan selera anda. Cubalah potongan isi kambing bakar panas bersama sos istimewa selain Ayam Golek Madu Lembah Pantai yang cukup terkenal di Lembah Klang – memang menjilat jari!

Melengkapkan lagi menu ‘Nostalgia Ramadan’,  nikmati pilihan sajian makanan laut yang dibakar segar di perkarangan restoren. Mahu yang lebih xtra, sajikan menu utama anda bersama aneka sajian kerabu serta masakan sayuran tradisi desa. Wow, dah bersedia nak merasa hidangan enak ala desa? Kunjungi Restoren 10 Binjai, PNB Perdana On The Park yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM dengan harga serendah RM92 / dewasa manakala RM55.30 / kanak-kanak (4-12 tahun).

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di akhir Ramadan, layari www.pnbperdanaonthepark.com atau hubungi 03-74903838. Selamat berbuka!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Sat, 15 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Pertaruhan Antara Duniawi Dan Akhirat Dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf

Saksikan pertaruhan antara duniawi dan ukhrawi dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf..

Hiburan Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Nabila Huda Disangka Penjaga Pintu? Gambar Ini Pasti Membuatkan Anda Ketawa!

Teruja nak ambil gambar dengan Tulus… Ya, muka pertama tu belum bersedia. Yang kedua dah terlebih yakin dan lebih ceria…

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Haqiem Rusli Terluka Lagi…

Dalam masa sama, penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke 20, baru-baru ini memaklumkan ada di kalangan artis yang menghentamnya selepas pengumuman untuk bersara dibuat. Alahai…