Hiburan By: Salma Syahbuddin November 27, 2017 @ 8:38am

ELYANA SAKIT KANSER?

 

Aksi Elyana ketika membuat persembahan

Penyanyi cantik manis ini sering menghiburkan kita dengan aksi beliau ketika membuat persembahan tanpa memakai kasut. Gayanya yang unik itu membuatkan beliau dikenali dengan trademark nya. 

Siapa sangka, jika diperhati tingkah dan gelagat nya semasa berada di atas pentas, tidak terbayang sedikit pun yang Elyana kini sedang menghidapi kanser Lymphoma tahap 4. Statement yang dibuat dihadapan ribuan penonton disalah sebuah konsert nyanyian itu membuatkan rata-rata peminat dan para wartawan terkejut.

Elyana memberitahu, dia menghidap kanser itu sejak 7 tahun yang lalu. Namun, masih dalam proses menjalani rawatan. 

“Sekarang ini kanser memasuki tahap keempat, dan saya sudah menjalani berpuluh kali rawatan kimoterapi, kali terakhir sebelum bulan ramadhan yang lalu. Malah saya juga ada mencuba rawatan secara tradisional.”

Bagi Elyana, dalam usia 30 tahun ini dia rindu untuk membuat persembahan diatas pentas setelah lama mendiamkan diri dan menyatakan hasratnya untuk terus aktif alam kariernya ini.

“Saya rindu nak buat persembahan di pentas besar seperti ini, dan andai umur tak panjang, sekurang-kurangnya impian saya ini tercapai.” 

Disini kami sempat kongsikan beberapa rakan artis yang turut memberikan kata-kata semangat buat Elyana. 

 

 

Apa pun, kami dari team Xtra turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Elyana! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Sementara itu, Aiman juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur.

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tolak Jadi ‘Mangsa’ Depresi…Ini Cara Aman RA

Jom terus Bangkit macam Aman RA!

Hiburan Thu, 7 Dec 2023