Hiburan By: SGMS Faida May 2, 2018 @ 6:07am

10 Tahun Tunggu, Akhirnya Ruffedge…

Bila Rindu, Tipah Tertipu, Khayalan dan Da Bomb, antara lagu yang menaikkan nama Ruffedge sedekad lalu. Sepanjang ‘kehilangan’ mereka, sudah tentu ramai yang merindukan paduan suara lima lelaki ini.

Sempena sambutan Ruffedge yang ke 20 tahun, kumpulan popular dengan irama R&B dan Soul ini bakal bersatu di pentas KL Live pada 4 Ogos depan!

Ruffedge mengumumkan konsert istimewa ini di Black Box, Publika, sebentar tadi.

“ Konsert ini bagi mengubati kerinduan peminat selepas 10 tahun menanti kemunculan kami,” kata salah seorang angggota Ruffedge, Sein.

Tambah Sein, idea untuk menjayakan konsert muncul selepas membuat persembahan pada majlis persandingan Fattah dan Fazura pada Februari lalu.

“ Ramai yang tanya bila nak buat konsert, ini jawapannya,” katanya ringkas.

“ Konsert ini sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa berdoa untuk melihat kami kembali bergabung di pentas.

“ Ketika aktif dahulu, kami tidak berpeluang membuat konsert dan ini masa yang tepat untuk merealisasikannya,” katanya.

Ruffedge turut dianggotai Cat Farish, 44; Azan Addin, 44; Mode Abdullah, 43 dan Zain Hamid, 40.

Ruffedge ditubuhkan pada 1997 dan mula bergerak aktif setahun selepas itu. Mereka bagaimanapun mengambil keputusan untuk berehat sekitar 2008 bagi memberi fokus kepada kerjaya solo masing-masing.

Pada konsert itu, Ruffedge bakal menghiburkan peminat dengan lebih 10 lagu popular, selain pilihan peribadi setiap ahli kumpulan Ruffedge dalam konsert selama dua jam itu.

Ruffedge juga bakal memperkenalkan lagu terbaru, Seperti Mereka ciptaan Azan pada konsert itu. Tiket konsert anjuran MRS Production ini dijual pada harga RM125 hingga RM233 menerusi laman sesawang: web www.ticketpro.com.my atau talian 03-78807999 bermula Jumaat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Syamsul Yusof- Puteri Sarah Bakal Dapat Anak Kedua

Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin terlalu awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Doakan ya!

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

FARID KAMIL DIDAKWA AMBIL DADAH, AKUI TIDAK BERSALAH

Datuk Farid yang diwakili oleh peguamnya, Athari Bahardi dilihat begitu tenang ketika pertuduhan tersebut dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi

Featured Wed, 18 May 2022

“Saya Dah Lama Nak…” – Baby Shima Dedah Wajah Dan DM Lelaki Ajak Lakukan Seks

Aduhai… Dah takda kerja lain ke? Harapnya ada tindakan yang diambil ke atas individu macam ni 😤

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2024

Fuad Rahman Dituduh Masih Tak Berubah, Tom Pertahankan Suami

Hmm tak baiknya tuduh macam tu.. Siapa kita nak hukum?