Trending By: Del14 November 3, 2019 @ 3:00am

Hampir 27 Buah Lagu oleh Butterfingers, Konsert Meriah Hinggakan Ada Yang Semput?

Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi digegarkan dengan konsert yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat kumpulan Butterfingers sempena menyambut ulang tahun ke 20 tahun album ‘Transcendence’ mereka. 

Peminat muzik ‘rock dan grunge’ pada akhir tahun 90-an dan awal 2000 memang tidak asing lagi dengan nama Butterfingers.  Konsert bermula kira-kira pada jam 8.45pm malam dan keadaan stadium sudah pun sesak dipenuhi para penonton dan peminat Butterfingers.  Kelihatan di luar juga barisan panjang oleh peminat-peminat yang sedang beratur untuk memasuki stadium sejak sebelum jam 7 petang lagi.  

Konsert Ulang Tahun Ke-20 Transcendence.

Konsert yang dinanti-nantikan ini sememangnya menjanjikan persembahan yang hebat, dengan perancangan pentas serta setlist lagu yang disusun baik dan yang paling penting adalah keupayaan Butterfingers membawa para penonton konsert meniti memori kenangan terindah zaman kepopularan Butterfingers di pasaran sejak ditubuhkan pada tahun 1993.  

Aksi Emmet mendapat sambutan hangat.

Pihak penganjur menawarkan tiga jenis tiket dengan harga yang berpatutan yang dinamakan Chemistry, Mokhsha dan Epitome, sempena nama-nama lagu yang dipopularkan oleh Butterfingers.  Walaupun Stadium Malawati mampu menampung 10,000 penonton, Loque berkata mereka hanya menjual lebih kurang 8,000 tiket selepas memikirkan aspek keselamatan. Dan memandangkan tiket konsert satu-malam itu sold out hanya selepas beberapa hari sejak mula dijual, ini bermakna lebih kurang 8,000 penonton telah memenuhi Stadium Malawati malam tadi.  Memang meriah dan gah!

Seperti yang diharapkan oleh Loque, ahli utama dan lead guitar Butterfingers, stadium di malam konsert terlihat padat dan ramai.  Walaupun 20 tahun sudah berlalu, ternyata Butterfingers masih hebat dan berusaha menyampaikan hampir 27 buah lagu (tanpa rehat) melalui lead vocal Emmet, yang kini menetap di Kanada dan kembali sementara untuk menjayakan konsert ulang tahun ke-20 Transcendence ini.  

Loque dengan ‘tengkolok’nya.

Para peminat juga dikejutkan dengan hal yang tidak disangka apabila Kadak, basist Butterfingers, di akhir-akhir konsert tiba-tiba mengalami masalah sukar untuk bernafas dan konsert terpaksa diberhentikan sebentar. 

Akhirnya setelah menunggu agak lama, konsert diteruskan tanpa kehadiran Kadak selama lebih kurang 20 minit sebelum Butterfingers mengumumkan yang mereka akan memainkan lagu ‘Wet Blanket’ sebagai persembahan terakhir mereka sebagai penutup konsert.

Walaupun tidak dapat meneruskan konsert dengan lebih kurang 3-4 lagi lagu seperti yang dirancang, kumpulan Butterfingers tetap  mendapat sorakan meriah dari para peminat mereka di dalam stadium dan rata-rata mereka  sememangnya terhibur dengan kesemua lagu-lagu yang dibawa Butterfingers sebelum kejadian yang tak disangka menimpa Kadak.

Dikatakan pada waktu itu Kadak dilihat dibawa ke ambulans untuk rawatan lanjut dan diberikan oksigen bagi mengawal masalah sukar untuk bernafas yang dihadapinya.

Walau bagaimanapun, peminat dan penonton Butterfingers masih sedia menanti dan berhibur bersama hingga akhir konsert. Memang sempoi!  

Kadak sebelum terpaksa direhatkan kerana mengalami masalah sesak nafas.

Secara keseluruhannya, Konsert 20 Tahun Ulang Tahun Transcendence ini memang mencapai matlamat dan harapan kumpulan tersebut, walaupun terdapat sedikit masalah teknikal ketika di awal konsert berlangsung, serta dugaan yang menimpa Kadak. 

Kita doakan kesihatan Kadak berada di dalam keadaan yang baik.  Syabas kepada penganjur dan kumpulan Butterfingers kerana berjaya mengubat rindu 8,000 peminat di Stadium Malawati malam tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Apr 2021

Suka ‘Modify’ Kereta & Motor, Shah Iskandar Pernah Berhabis RM1 Juta

Pelakon Shah Iskandar mendedahkan dia pernah berhabis hampir RM1 juta untuk memenuhi keinginan untuk mengubahsuai kereta dan motosikal. Menurut Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 39, nilai tersebut merupakan anggaran jumlah wang terkumpul semenjak […]

Trending Sun, 22 Nov 2020

SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

Featured Thu, 4 Aug 2022
Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Wed, 23 Nov 2022

[VIDEO] Safawi Rasid Jawab Gosip Bakal Berkahwin Dengan Syifa Melvin Dalam Masa Terdekat

Ada yang mendakwa mereka bakal bernikah 28 November ni 🫣🫣 Apapun, kalau dah namanya jodoh tak ke mana ❤️❤️

Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?

Events Mon, 31 Jul 2023
Trending Mon, 2 Jul 2018

“Dear Najib, Racial Politics is So Yesterday…”

Netizens are responding to Najib’s racial statements.