Hiburan By: SGMS Faida April 11, 2019 @ 11:55pm

3.5 Juta Tonton FFM30, Ahmad Idham Ucap Terima Kasih!

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri melalui satu kenyataan media, mendedahkan siaran langsung malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) lalu berjaya mencatat jumlah penontonan tertinggi keseluruhan sebanyak 3.5 juta selain sohor kini nombor satu di laman twitter melalui tanda pagar #FFM30.

“Saya mewakili FINAS sebagai penganjur FFM30 dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak dan khalayak yang telah menyokong penganjuran FFM30 pada tahun ini,” katanya.

Dalam kenyataan media sama, beliau turut memberi penjelasan ringkas susulan isu yang berlaku ketika penganjuran FFM30 pada 30 Mac lalu.

“Bagaimana pun, merujuk kepada sesi ‘post-mortem’ FFM30 yang diadakan di antara FINAS bersama penyiar rasminya, ASTRO diketuai Namanzee Harris, Ketua Kandungan Produksi ASTRO di FINAS Petaling Jaya semalam, penjelasan berkaitan beberapa isu-isu berbangkit yang berlaku di malam anugerah telah dikenalpasti,” katanya.

Beliau mendakwa, ia susulan perancangan pihak produksi ASTRO tidak berlaku seperti yang sepatutnya dan oleh itu semua pihak bersetuju akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Menurut beliau lagi, FINAS telah mengambil langkah proaktif dengan merangka cadangan pengisian program-program yang lebih efektif untuk penganjuran FFM31 depan.

Ia termasuk mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi pada edisi kali ini.

“Namun begitu, di masa hadapan, FINAS mengharapkan agar setiap pihak yang terlibat di malam anugerah untuk menghormati tugasan yang telah diberikan berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani termasuklah menghadiri raptai bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi,” katanya ringkas.

Oleh. Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

Tahniah Datuk Aaron Dan Juga Dato Farid Kamil!

Aktor terkenal Farid Kamil dan Aaron Aziz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

“Dia Masih Suami Saya, Tapi…” – Adira Tetap Dengan Pendirian

All the best Adira untuk Separuh Akhir 34 Muzik Muzik nanti!

Featured Fri, 22 Apr 2022

Sudah Memasuki Carta Trending Di YouTube, Netizen Dakwa MV Lip Lap Raya Siti Nurhaliza Ambil Konsep MV Adele?

Yeke? Min tengok cantik dan menarik je MV Siti Nurhaliza. Nombor syaatuu gitu🔥

Contest Fri, 16 Nov 2018

#xtra好康头 | 让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险

送你VIP入门票,让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险!