Hiburan By: SGMS Fas August 18, 2019 @ 12:51pm

#ABPBH32: Aishah Terpinga Terima Berita

“Saya terpinga bila dapat tahu nama tercalon dalam top 5 tahun ini,” kata penyanyi Aishah yang mengaku terkejut namanya tersenarai dalam pencalonan Penyanyi Wanita Popular DuitNow.

Kata Aishah ketika ditemui Xtra di sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke 32 memberitahu dia tidak percaya dengan panggilan diterima pada awalnya.

“Saya tanya pihak yang telefon saya ‘awak biar betul dik? Jangan main-main nanti saya saman lain pula jadinya,” katanya sambil ketawa.

Akui pelantun lagu Janji Manismu, dia menyifatkan pencalonan ini sebagai rezeki untuk mengembangkan lagi kerjaya seni.

“Majoriti peminat saya terdiri dari golongan dewasa yang mungkin tidak banyak mengundi kerana ia menggunakan teknologi terkini.

“Tetapi ada kemungkinan peminat generasi terbaharu akan mengundi dan memberi sokongan.

“Bagi saya, menang atau kalah, saya anggap diri sudah menang apabila berjaya membolos diri di dalam senarai pencalonan akhir,” katanya yang berterima kasih dengan pihak peminat.

Aishah merupakan salah seorang calon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama dengan Wany Hasrita, Siti Nordiana, Ara Johari dan Stacy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Asam Laksa Dikritik Netizen, Ini Jawapan Slumber Eina Azman!

Tidak berdiam diri, Eina membalas beberapa komen netizen terbabit.

Featured Thu, 11 Aug 2022

[VIDEO] “Trend Buka Tudung Dah Jadi Satu Penyakit, Jangan Normalkan…” – Ummi Nazeera Mohon Doa Kekal Berhijab

“Allah sangat menyayangi orang yang masih ingatkan dia. Bila kita lupa, kita pusing balik” – Ummi Nazeera. Suka dengar cara aktres hebat ni bercakap, lembut je kann.

Hiburan Wed, 6 Oct 2021

Bakal Hasilkan 12 Filem Dengan Anggaran RM100 Juta, Zebra Studio & Tremendous Entertainment Bantu Bangunkan Industri

Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment telah mengumumkan perjanjian usaha sama untuk menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan dengan anggaran RM100 juta. Secara purata, RM5 juta hingga RM10 juta akan dibelanjakan untuk membuat […]

Events Thu, 20 Sep 2018

Learn Sign Language with Real Deaf People in this Free Workshop

The workshop has limited spots so book it ASAP!

Cahaya Mata Thu, 20 Jul 2023

Isteri Yonnyboi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama, Diberi Nama Panggilan Kairo

Alhamdulillah congrats Yonny & Nik Nazira! Sempat tengok Barbie lagi tu