Hiburan By: SGMS Faida December 28, 2019 @ 9:00am

Aina Abdul Jawab Dakwaan Besar Kepala

Selepas lagu Sumpah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), timbul pula berita tidak enak mengenai komposer dan penyanyi lagu berkenaan, Aina Abdul.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 26 tahun itu menafikan dakwaan dalam masa sama tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai individu yang beranggapan dirinya sebegitu.

 “Saya takkan balas komen sebegitu. Untuk seketika masa, saya kena pertahankan diri. Saya tak nak tersalah cakap. Lagipun, untuk sampai tahap ini, semua orang bebas bercakap.
 
“Tapi, untuk diri saya sendiri, saya tak nak bermusuh dengan sesiapa pun. Semua orang ada hati. Saya percaya semua orang ada baik buruk,” katanya kepada Harian Metro. 
 
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani memohon agar individu yang menuduhnya besar kepala perlu mengenalinya terlebih dahulu. 

“Kalau ada orang cakap saya macam itu, mungkin perlu kenal saya lebih dalam. Begitu juga saya. Bagi saya, ini semua mengenai komunikasi. Mungkin juga cara saya ada yang salah. Tapi, dalam perkara sebegini ia membabitkan komunikasi dua hala.

“Apabila sudah lebih kenal, kita akan okay,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aina kini sibuk membuat persiapan rapi untuk persembahan AJL34 nanti. 

“Ini kali pertama saya berjaya melangkah ke pentas berprestij AJL sudah tentunya saya dan pasukan banyak ‘brainstorm’ dengan melihat semula persembahan kesemua finalis tahun lalu.

“Kami cuba nak buat suatu konsep yang masih belum lagi pernah dibuat oleh mana-mana finalis sebelum ini. Saya tak boleh jelaskan lebih lanjut, tunggu saja nanti.

“Buat masa ini, saya belum ‘all out’ lagi jaga pemakanan seperti tidak minum ais dan sebagainya tetapi masuk sahaja bulan Januari, saya akan buat latihan vokal selain pergi ke pusat gimnasium untuk tingkatkan stamina menjelang malam kemuncuk AJL 34,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Shiha Kecil Hati PIPIYAMA Dikritik Pendengar Malaysia?

Hurm…bila agaknya netizen dekat Malaysia ni nak berhenti buli siber eh? Tak penat ke korang…

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa, Amin…

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Pelakon India SrideviI Meninggal Dunia

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Boney Kapoor dan anak perempuannya Khushi.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Zulin Aziz Rakam Muzik Video Single Kedua Di Tanah Suci

Semoga urusan ibadah Zulin dan keluarga dipermudahkan di tanah suci nanti… Amin.

Contest Tue, 4 Dec 2018

#xtra好康头 | 送你新传媒2019年《游戏场》月历

送你新传媒2019年《游戏场》月历,让新传媒艺人陪你一整年!

Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Asyik Putus Cinta, Luna Maya Terfikir Bunuh Diri?

Kumbang bukan seekor, tak gitu?