Hiburan By: SGMS Faida November 7, 2019 @ 1:53pm

Aina Abdul Pernah Dilabel Penyanyi ‘Berangan’?

Selepas lima tahun menyimpan niat untuk masuk ke Anugerah Juara Lagu, penyanyi Aina Abdul semakin optimis dengan mimpinya.

Ini kerana lagu ciptaannya, Sumpah berjaya mara ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik 34 yang diumumkan, semalam.

Dalam pada itu, Aina ketika ditemui memberitahu dia tidak kisah disebut penyanyi ‘berangan’ sejak dari awal memulakan tanda pagar ‘Road To Ajl’.

“Ada yang kata saya berangan setiap kali saya menulis hasgtag Road To Ajl untuk posting lagu Sumpah. Sudah lama saya impikan untuk masuk ke Juara lagu. Walaupun baru sampai ke peringkat semi final, saya anggap ini sebagai sebuah pencapaian membanggakan,” katanya.

Tambah Aina lagi, selaku komposer dan penyanyi, dia mengetengahkan mesej tentang mental health atau kesihatan mental sepenuhnya dalam lagu ini.

“Ini bukan lagu cinta. Saya percaya setiap orang melalui fasa pernah tertekan dalam diri. Kalau hari ini kita gembira, esok boleh jadi kita sedih pula. Secara peribadi saya pendiam orangnya jadi cara saya bercerita menggunakan pendekatan dalam lagu.

“Jangan salah faham ini bukan lagu bercerita tentang cinta kerana ia sebuah lagu menceritakan seseorang yang sedang ‘berlawan’ dengan diri sendiri kerana itu adalah masalah sebenar dalam setiap orang,” akhiri pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini.

Anak didik Ratu Rock, Ella itu berkata, dia berharap tuah ‘melekat’ dalam merealisasikan impian yang sudah lama terpendam.

Good luck, Aina!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Tolonglah Henti Label Orang Gemuk ‘Power’ Ke Tak, Ini Pesan Abam Buat Netizen!

Orang ‘power’ pun jika Allah tak izinkan, buatlah cara macam mana sekalipun tak dapat juga.

Featured Thu, 26 Jan 2023

Ajar Pesakit Kanak-Kanak Doa Afiyah, Perdana Menteri Buat Ramai Sebak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan impian seorang kanak-kanak penghidap vasculopathy cirrhosis occlusive yang dikenali sebagai Farzana yang mahu bertemu beliau sebelum menjalani pembedahan. Dalam pertemuan terbabit, Anwar sempat mengajar doa Afiyah kepada […]

Events Fri, 20 Dec 2019

Misi Media Prima Digital Raikan 40 Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Tonton Ejen Ali The Movie

Musim cuti sekolah kembali lagi dan pasti ramai yang merancang untuk membawa anak-anak khususnya pergi bercuti atau berhibur di hujung tahun. Mengambil kesempatan ini, lebih 10 orang sukarelawan daripada Media Prima Digital telah melaksanakan aktiviti […]

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Terbaiklah! Joe Flizzow Diiktiraf Artis Terbaik Asia Tenggara

Hebat… selepas Nabil Ahmad, giliran Joe Flizzow pula mengharumkan nama negara. Tahniah Joe Flizzow!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn