Hiburan By: Del14 October 11, 2019 @ 11:27pm

Akhirnya Isteri Pertama Amar Buka Cerita…

Agaknya kerana tidak tahan lagi dengan spekulasi orang berkenaan hal rumahtangganya yang semakin rancak diperbualkan, isteri Amar akhirnya meluahkan perasaan dan membuka cerita sebenar dari sudut pandang pihaknya di laman instagram miliknya. Beberapa hari ini kecoh apabila wanita bernama Ellika Azman yang baru-baru ini membuka aib dan mendedahkan siapa gerangan AA yang dikatakan kantoi berselingkuh dengannya. Terjawab sudah teka-teki selama ini yang sempat membuatkan ada yang berspekulasi jika selebriti dengan initial AA itu adalah Aaron Aziz! Kesian Abang Aaron, nasib baik dah jelas sekarang siapa AA tersebut, tak lain tak bukan Amar Asyraf.

Pada temubual media sebelum ini Amar sempat meminta netizen untuk tidak cepat mencaci dan menjatuhkan hukuman kepada dirinya dan keluarga sebelum mendengar cerita kedua belah pihak. Dan akhirnya Arna Salleh, isteri pertama Amar menceritakan secara ringkas namun cukup terperinci dari sudut pandangannya. Rupanya beliau sememangnya akur dengan masalah ‘perempuan lain’ suaminya itu, namun memang tidak pernah berjumpa dengan isteri ‘kedua’ Amar. Walau pernah mengambil keputusan untuk berpisah, dia mengakui bahawa Amar bukan sahaja suami yang baik, malah merupakan seorang sahabat yang sangat disayanginya.

Dari luahan hatinya yang dipaparkan di laman instagramnya itu, jelas Arna pasrah dan mencuba untuk menghadapi badai yang melanda rumahtangganya ini dengan banyak berdoa kepada Tuhan. Malah beliau meminta maaf jika postingnya itu tidak disenangi orang lain yang mungkin terlibat. Dan kalau dibaca dengan teliti, Arna mendedahkan kisah sebenar di sebalik kecaman dan dakwaan Ellika Azman yang memaparkan dirinya sebagai mangsa lelaki yang tidak bertanggungjawab! Rupa-rupanya wanita itu yang selama ini memaksa untuk berkahwin serta mengugut Arna sekeluarga, walaupun ketika itu Arna masih lagi dalam keadaan berpantang selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Dian.

Di ruang komen posting tersebut, ramai yang sudah tentu memberi kata semangat kerana bersimpati dengan Arna. Untung sebenarnya Amar mempunyai seorang isteri yang bukan sahaja sangat memahami masalah dalaman yang dihadapinya, tapi masih tetap sayang dan cinta malah membela maruah suaminya secara terbuka. Baca sahaja posting terakhir Arna memberi kata semangat pada Amar.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Arna Salleh (@arnasalleh) on

Kebenarannya hanya Tuhan yang Maha Tahu. Xtra! Doakan segala permasalahan dan salah faham dapat diselesaikan dengan aman tanpa merugikan mana-mana pihak. Kita doa yang baik-baik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Al- Fatihah…Bapa Rosma Meninggal Dunia

Rosmawati dan suami, Khai, bersama semua anggota keluarga berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ada Ramai Netizen Suka Bantai Di Media Sosial, Jangan Sebar Fitnah Nanti Muflis Di Akhirat”- Rosyam Nor

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangannya dalam mengutarakan beberapa isu yang tular di media sosial. Menurut Datuk Rosyam Nor, terdapat banyak berita yang tular di media sosial yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap seseorang “Ada […]

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

黄浚维授勋神山效忠星章!沙洲首华裔男歌手获殊荣

黄浚维授勋神山效忠星章,成为沙巴洲首位华裔男歌手获殊荣。

Hiburan Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Sat, 13 Apr 2019

萧敬腾大马站门票1小时售出6 成!3票价已售罄

「金曲歌王」萧敬腾汹汹来袭!大马站演唱会门票昨日(12日)上午11 时通过网路与热线全面公开发售,首一小时就售出六成门票。