Drama By: Syafiqa Irdina March 12, 2020 @ 10:00am

Amelia Henderson Derita Dalam “Rindu Yang Terindah” ?

Ini berita baik buat semua penonton setia slot  Samarinda TV3 kerana drama Rindu Yang Terindah yang diadaptasi daripada novel karya Eshal Nuranis bakal memulakan tayangan perdana pada 16 Mac ini!

Drama Rindu Yang Terindah  merupakan arahan Emi Sufian hasil produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. Drama ini menceritakan tentang perkahwinan yang berlangsung antara Hazil Wafiy, lakonan Redza Rosli dan Airis, lakonan Amelia Henderson tanpa rasa kasih dan sayang.

Rindu Yang Terindah turut menampilkan Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nur Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus, Wanna Ali, Shahz Jaszle dan Zaefrul Nordin.

 

 

Hazil telah melayan isterinya Airis dengan perasaan benci sedangkan Airis berusaha mengambil hati suaminya. Semuanya bermula setelah pemergian tragis Haziq, tunang Airis yang telah meninggal dunia sebelum tarikh perkahwinan mereka. Kehidupan Airis yang dahulu bahagia menjadi satu penyeksaan yang tak pernah diduga apabila tempat Hazieq sebagai teman hidup terpaksa digantikan oleh abangnya, Hazil. Adakah Airis dapat bertahan dalam perkahwinan tanpa cinta ini? Atau mungkinkah Hazil akan mula mencintai Airis meskipun dendam menyelubungi jiwa?

 

 

 

Kalau nak tahu bagaimana pengakhiran kisah cinta dan konflik yang berlaku antara Airis dan Hazil, jangan lupa saksikan Rindu Yang Terindah bermula dari 16 Mac, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Korang juga boleh saksikan siri Rindu Yang Terindah melalui Youtube TV3 ataupun Tonton okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Sun, 19 Nov 2023
LIFESTYLE Wed, 1 Aug 2018

Telur Dapat Membantu Mencantikkan Wajah

tahukah anda yang telur sebenarnya memiliki banyak untuk kecantikan dan kesihatan.

Hiburan Sun, 17 Nov 2019
Hiburan Sat, 9 Nov 2019
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Siti Nurhaliza Terkejut Tengok Gelagat Anak Di Sesi Photoshoot!

Alololo…Comelnya Aafiyah anak ibu ni.

Hiburan Fri, 19 Jan 2024
Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal