Hiburan By: SGMS Faida November 3, 2018 @ 2:05pm

#ASK2018: Jay Iswazir Sebak Ingat Pesanan Mak Sebelum Jadi Pelakon

Pelakon Jay Iswazir mengaku kejayaan diperoleh hari ini adalah hasil doa ibunya yang merestui kerjayanya sejak tahun 2010.

Bintang utama drama Aku Nazmi ini memberitahu ibu selalu berpesan kepadaya agar mendahulukan Allah Swt sebelum melakukan segala aktiviti.

“ Saya masih ingat kata-kata mak sewaktu tamat program Pilih Kasih pada 2010, ‘ Mak restu apa yang kau buat ni’. Perkataan keramat itu mungkin antara faktor kejayaan saya dapat sekarang.

“ Bukan itu saja, mak selalu berpesan jika saya ada masalah di Kuala Lumpur, carilah Tuhan. Bukan hanya ketika susah, tetapi juga pada waktu senang,” katanya dalam nada sebak.

Drama Aku Nazmi yang mengisahkan Nazmi yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mengangkat nama Jay sebagai pelakon terbaik drama di Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC malam tadi.

Dalam pada itu, Jay turut berterima kasih kepada pelakon Ebby Yus yang memberi ruang kepadanya untuk aktif di dalam industri lakonan.

“ Saya bertemu beliau di sebuah pementasan teater. Saya tidak kenal dengannya secara peribadi, abang Ebby Yus datang ke arah saya dan tanya ‘Kau minat, kalau minat kau jalan terus. Kalau tak minat, kau balik’. Itu titik permulaannya.

“ Saya tidak pernah berkecil hati dengan ayatnya malah menganggap itu sebagai penguat semangat sehingga hari ini. Terma kasih Abang Ebby Yus,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Wed, 17 Oct 2018

” Tahniah! What A Fantastic Occasion” – Ucapan Bekas Suami Buat Fasha Sandha Undang Kontroversi

Nak tahu apa status hubungan terkini Fasha Sandha? Klik artikel untuk berita selanjutnya

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tahniah! Tasha Manshahar sah bergelar isteri kepada Raqib

Selepas dua tahun perkenalan, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, hari ini.

Hiburan Thu, 6 Dec 2018
Featured Fri, 19 Aug 2022

Gara-Gara Muka Tertutup Dengan Kain Lampin, Bayi Berusia 4 Bulan Temui Ajal

Allahuakbar sedihnya… Apapun salam takziah untuk keluarga mangsa 🥀

Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020