Pelakon Azar Azmi dipercayai baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan seorang produser filem yang juga bapa tunggal, hari ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis pertunangan pelakon drama Nur 2 itu diadakan secara tertutup di Mesra Abadi 8 Wedding Venue, Keramat kira-kira jam 2.00 petang tadi.

Upacara menyarungkan cincin disempurnakan ibu produser terbabit dengan disaksikan keluarga dan rakan-rakan rapat termasuk beberapa rakan artis.

Selain cincin sebagai tanda pertunangan, Azar turut menerima beberapa dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Menurut sumber itu lagi, Azar dan produser itu dijangka bertunang selama setahun dan merancang untuk disatukan pada penghujung tahun depan.

Azar yang ternyata bijak menyembunyikan hubungan cintanya, difahamkan sudah mengenali duda anak dua itu sejak lebih lima tahun lalu.

Oleh: Guy Masaki