Hiburan By: SGMS Faida May 31, 2019 @ 5:26pm

‘Baby Makin Sihat’- Isteri Sharnaaz Ahmad Terharu Kesungguhan Doa Peminat Jebat!

Selepas selamat menjalani pembedahan saluran kencing baru-baru ini, ibu kepada Jebat Jayden, Noor Nabila meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram.

Isteri pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu, Jebat kini semakin pulih dan sudah mampu tersenyum selepas menjalani pembedahan pada 23 Mei lalu.

Perkongsian ini dibuat menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.

“ Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya @jebatjayden.

“ Alhamdulillah baby dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Sharnaaz turut meluahkan rasa terharu di Instagram miliknya kerana ramai yang menyayangi Jebat.

“ Kesihatan jebat sembuh dengan kuasa Allah Yang Maha Esa..

“ Saya dihujani oleh mesej rakan-rakan yang prihatin…Terharu sangat orang ramai sayangkan jebat.

“ Sampai ke Mekah orang mendoakan dia…Terima kasih sangat. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat.

“ Terima kasih sangat-sangat…Selamat berhari raya buat semua umat Islam,” tulisnya sebagai kapsyen.

Terdahulu, Sharnaaz memberitahu kepada pihak media mengenai status kesihatan anaknya, Jebat Jayden dilaporkan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).

Nabila dan aktor Sharnaaz Ahmad berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki itu pada 30 Ogos lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022

Kejam! Viral Pengasuh 50 Tampar Bayi, Pukul Guna Sudip! Ini Kenyataan Polis, Rupa-Rupanya…

Kelu lidah Min untuk berkata-kata.. 😣😞 Timbul lagi kes penderaan bayi dan kanak-kanak..

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Park Hae Jin Absent from Filming of Four Sons for 20 Days!

But it apparently isn’t really the actor’s fault…

Featured Tue, 12 Oct 2021
Hiburan Tue, 2 Apr 2024

Penuhi Hasrat Ibu, Sherry Alhadad Beraya Seminggu Di Kuching

Bestnya beraya kat kampung halaman! Sherry raya Sarawak, korang raya mana? 🥰

Featured Thu, 30 Dec 2021

“Satu Tugas Yang Amat Besar” – Anzalna Sebak Jadi ‘Pengganti’ Siti Sarah

Jenama tudung milik Allahyarham Siti Sarah, Loveta bakal menampilkan pelakon Anzalna Nasir selaku wajah baharu bagi koleksi yang bakal muncul pada Januari ini. Anzalna yang baru sahaja berhijab September lalu menerusi hantaran Instagram miliknya berkata, […]