Hiburan By: SGMS Faida September 5, 2019 @ 1:54pm

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Bakal menamatkan zaman ibu tunggal, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mengaku teruja menghitung hari menuju ke hari bahagia. 

Elly ketika ditemui di sidang media majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 memaklumkan bakal dirai dalam lima buah majlis.

“Majlis termasuk merisik, bertunang, nikah dan sebagainya. Bakal ibu mertua dan bakal suami bertanya kepada saya sama ada mahu majlis merisik.

“Memandangkan perkahwinan terdahulu saya tidak sempat merasa majlis merisik, saya mahu lalui pengalaman pertama dalam perkahwinan kali ini. Bakal suami pula tidak pernah berkahwin, apa salahnya kami meraikan meriah sedikit,” katanya kepada Xtra.

Akui Elly, dia berjanji akan menwar-warkan kepada pihak media mengenai butiran perkahwinannya pada hari pertunangannya nanti.

“Tidak mungkin saya berahsia dengan pihak media yang banyak membantu kerjaya saya selama ini. Doakan yang terbaik,” akhiri Elly. 

Dalam perkembangan lain, Elly bakal bergandingan dengan AC Mizal sebagai pengacara ABPBH 32 yang bakal berlangsung pada 22 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung di TV3.

Good luck, Kak Lina Pom Pom! 

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “3 Orang Hubungi Nampak Kelibat Ayah Sedang Wirid..” – Genap 38 Hari Hilang Di Tanah Suci, Anak Kongsi Perkembangan Terkini

Allahuakbar! Min harap semoga ada sinar di penghujungnya dan dipermudah segala urusan ❤️🥹🤲🏻

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Fathia Latiff Sebak Dapat Pujian Tun Mahathir

Nur Fathia merupakan salah seorang selebriti tanah air yang kini dilihat semakin berani menyuarakan pendapat berkaitan politik walaupun kadang-kadang apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita ini adalah isu yang sudah berlalu. Lebih menarik lagi, baru-baru ini […]

Featured Fri, 30 Dec 2022

Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton. @imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia […]

Hiburan Fri, 4 May 2018

“I Lost Passion for Dancing…” Taemin Tells the Truth

SHINee’s Taemin is known as the dancing machine so this is heartbreaking to hear.

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Calon Dah Jumpa, Zizan Bakal Kahwin?

Zizan rasa korang semua pun dah tahu siapa orangnya, cuma buat masa ini namanya perlu dirahsiakan dulu.

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?