Hiburan By: SGMS Faida April 19, 2018 @ 7:08am

‘Beliau Yang Saya Kenal, Sentiasa Jinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana,’ -Rizalman

Tak kenal maka tak cinta. Kenal dulu, baru menilai! Itu mungkin perumpamaan paling sesuai yang mahu ditujukan buat netizen di luar sana selepas mengecam penasihat fesyen popular, Zaihani Mohd Zain.

Individu dikenali di kalangan selebriti yang merupakan penata fesyen terkenal tanah air itu dikecam teruk selepas inisiden ‘paha melimpah’, baru-baru ini.

Menerusi posting pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim yang mengenali rapat Zaihani Mohd Zain mendedahkan sisi di sebalik keperibadian pengkritik fesyen itu.

Sebagai seorang sahabat, Rizalman berkata, beliau hanya mampu mengurut dada apabila pertama kali membaca status berkenaan yang telah mengundang kritikan pelbagai pihak.

Dalam posting berkenaan, beliau berharap dan berdoa agar Zaihani yang lebih mesra dipanggil sebagai Kak Zai itu segera memohon maaf walau apa saja alasan yang diberikan berdasarkan pengalaman wanita berkenaan ketika insiden itu berlaku. 

Tahukah anda Zaihani yang saya kenal walaupun beliau seorang yang lantang, berpakaian tidak seiring usia atau mempunyai keterampilan Islamik seperti yang kita harapkan.

Namun, beliau yang saya kenali sentiasa menjinjing beg telekungnya ke mana-mana dan sentiasa menghadiri pertunjukan fesyen bermula dengan menanti di dalam surau berdekatan supaya tidak terlepas mana-mana waktu solat,” ujar Rizalman menerusi posting di laman sosial Instagram peribadinya, hari ini.

Dalam hal ini, Rizalman cuba menyampaikan agar masyarakat hari tidak perlu terbuka dalam menuding jari atau mencari kesalahan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri.

“Dunia media sosial adalah cerminan pada ‘mahkamah Masyhar’. Setiap apa yang lahir pada lidah serta hati kita akan dirakam setiap saat dan dipamerkan nanti pada seluruh generasi manusia dan dipertimbangkan dengan seadilnya, sama ada kita menzahirkannya pada medium media sosial atau tidak.

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya.

“Mungkin sekarang, Zaihani menjadi ‘orang yang paling suci di dunia’ dek kecaman dan kurangnya usul periksa kita. Dan segala komen-komen kita berbaur penghinaan kita itu telah memberatkan timbangan dosa kita,” ujar Rizalman sambil menambah bahawa pandangannya itu juga merupakan kesedaran buat dirinya sendiri.

Terdahulu, Kak Zai menerusi laman sosial membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya mengenai individu berbadan besar.

“Bukan niat saya untuk menghina ‘body shame’ (menghina badan seseorang) sesiapa – ahli keluarga, kawan-kawan atau pun para pengikut.

“Tapi status FB (Facebook) saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi ‘manspreading’ (lelaki duduk terkangkang) yang saya alami baru-baru ini,” katanya.

Status Kak Zai di laman sosial Facebook peribadinya baru-baru ini mengundang kecaman apabila mengkritik individu berbadan besar.

“Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.

“It’s so awkward and uncomfortale for the persons seated next to you (Ia nampak janggal dan tidak selesa bagi mereka yang duduk bersebelahan anda),” tulisnya di Facebook, dipercayai mempunyai kaitan dengan kehadiran individu berbadan besar pada majlis pertunjukan fesyen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Dec 2019

Pencipta ‘Keluang Man’ Meninggal Dunia

Al-Fatihah! Pencipta dan penerbit siri animasi digital Keluang Man, Kamaruddin Ismail, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 4.15 petang tadi. Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail meninggal akibat serangan jantung […]

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

八度空间15周年庆!艺人齐到孤老院「送」欢乐

八度空间15周年庆!艺人齐到孤老院为长者和小朋友们「送」欢乐,「颂」快乐。

TECH Thu, 15 Nov 2018

Bateri Telefon Pintar Kamu Tak Tahan Lama, Salah Siapa?

Korang boleh mula cas handphone apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus okay?

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Nabil Mahir Mengakui Dilamun Cinta

Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita!

Hiburan Sun, 14 Apr 2019

Bapa Aman Nassim Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allahyarham Nassim Haroon…

Hiburan Sat, 12 May 2018

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Untungnya sebab boleh minta ibu baru jadi macam mana Shuib?

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Azrinaz Mazhar Hakim ‘Belanja’ Gambar Baby Bump

Tak sabar nak tengok muka baby nanti!

Events Wed, 15 Jan 2020

林德荣自认NG王!与尹汇雰对戏「忍笑忍到内伤」

曾参与过无数演出的林德荣,自认在拍摄《作战啦!茶室总动员》是NG王,跟尹汇雰的对手戏更是 “忍笑忍到内伤!”