Hiburan By: Del14 December 29, 2019 @ 12:51pm

“Berbeza Dengan Anaqi” – Amyra Rosli Kongsi ‘Tabiat’ Pelik Kehamilan Kedua

Berbeza dengan pengalaman ketika hamil anak pertama, Aqeef Anaqi, pelakon Amyra Rosli (28) berasa pelik kerana kali ini dia seperti tidak mengenal erti penat dan asyik mahu mengemas rumah.

Amyra yang sedang hamil anak kedua yang bakal dilahirkan Februari depan berkata mungkin kerana kali ini dia mengandungkan bayi perempuan, dia seakan taksub dengan mengemas.

Baca: Aqeef Anaqi Bakal Dapat Adik Perempuan! 

”Saya tidak tahu bagaimana tabiat dan karakter itu boleh berubah sebegitu sekali sehingga menjadi ‘obses’ mengemas rumah. Sampaikan suami marah kerana saya melakukan kerja berat ketika sarat hamil. Mungkin gara-gara pembawaan anak  perempuan, ia membuatkan saya kerap mengemas.

“Malah, saya juga seperti ketagih makanan manis sehingga berat badan naik mencecah 53 kilogram.

“Ketika mengandungkan Anaqi dahulu, saya mencari apa-apa yang masin, kini setiap hari mahu benda manis. Cuma, saya harus berhati-hati kerana tidak mahu terkena penyakit lain pula nanti,” kata Amyra kepada BH Online.

Teraju utama drama rantaian popular, Nur ini juga berkongsi kisah pelik gara-gara suaminya, pelakon Amar Baharin, tersilap beli daun ketumbar sehingga menyebabkannya menerima alahan dan tidak ke dapur selama sebulan walaupun sebelum ini tidak pernah mengalami alahan seperti itu. 

“Saya juga pernah berdepan pengalaman tidak boleh ke dapur selama sebulan kerana alahan dengan bau ketumbar.  Semuanya gara-gara Amar tersalah beli daun terbabit, sedangkan saya memintanya mendapatkan daun sup. Maklumlah, kedua-duanya seakan-akan sama.  Saya sendiri pelik apabila tidak boleh menghidu bau herba itu pada kehamilan kali ini,” kata Amyra lagi. 

Untuk rekod, Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 15 Oktober 2017. 

Kredit Foto: Instagram @amyrarosli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Empat Hari Tayang, Lebih Sejuta Tonton MV ‘Sakit’

Saya tak harap sampai ke peringkat Anugerah Juara Lagu, sebab sedar kemampuan.

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Featured Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Berakhirlah Pencarianku Bakal Dinyanyikan Wani Kayrie, Ini Penjelasan Ernie Zakri

Lagu Berakhirlah Pencarianku duet Ernie Zakri bersama Hafiz Suip diumumkan berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Timbul persoalan apabila mereka berdua selaku penyanyi asal tidak akan menyanyikan lagu tersebut di pentas separuh […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Fasha Sandha Terima Lamaran Kahwin?

Alahai, cuba nasib ya dik? Semalam, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi kisah lamaran seorang pemuda di laman Instastory.

Hiburan Tue, 26 Mar 2024
Featured Tue, 25 Jan 2022