Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Sasha Saidin telah mendirikan rumah tangga dengan buah hatinya yang juga merupakan kenalan dari zaman persekolahan, Sirhan Wahab dan pasangan mempelai telah dinikahkan oleh adik Sasha sendiri, iaitu Zain Saidin. 

Baca: Sasha Pilih Sirhan Sebagai Suami!

Namun demikian,  apabila melihat foto dan video Zain Saidin sewaktu menikahkan kakaknya ada segelintir netizen beranggapan yang Zain sendiri yang sedang akad nikah lagi dan ini telah mencetuskan perasaan tidak puas hati pelakon Rozita Che Wan. 

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik foto ketika suaminya itu sedang menjalankan tugas sebagai wali kepada kakaknya, Sasha.  

“Bila orang tengok gambar ni, depa kata Che Ta dapat ‘madu’.. Hamboi!

“Kalau ‘ayam masak madu’ kami suka, tapi kalau ber’madu’, masak ‘madu’ tu kami kerjakan,” tulis Che Ta sebagai kapsyen. 

 

Che Ta dan Zain baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keenam hujung tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang puteri bernama, Aisyah Dhia Rana. 

Melalui perkahwinan terdahulu, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki bernama Ammar Effendy dan Aniq Ezra.  Walaupun sudah mempunyai tiga orang anak dan lebih berumur dari suaminya, Che Ta amat menjaga penampilan, mengalahkan anak dara!

Baca: Che Ta Tak Ambil Mudah, Jaga Badan Walaupun Sudah 6 Tahun Berkahwin

Kredit Foto: Instagram @rozitachewan1