Hiburan By: SGMS Putri August 15, 2019 @ 10:06pm

Bila Altimet Berbicara Pasal Kulit

Bukan menyindir, sebaliknya mahu memotivasi kepada mereka yang sedih kerana kekurangan diri.

Itu antara sebab komposer Altimet, 41, berkongsi status dimuat naik mengenai kulit wajahnya di akaun instagram miliknya, semalam.

“Saya pernah melaluinya dulu. Bukan saja rasa rendah diri sebab tidak kacak, saya juga seorang pemalu sebelum bergelar anak seni,” kata penyanyi rap itu.

Altimet berharap perkongsian di akaun instagram memberi semangat kepada anak-anak muda yang memiliki kekurangan fizikal.

Katanya, ramai remaja berusia 18 hingga 20 tahun meluahkan sering diejek rakan kerana pendek, gemuk dan wajah hodoh.

“Mereka bercakap tentang kekurangan diri dan bukannya kelebihan yang mereka miliki,” katanya.

Dia mengakui semakin meningkat dewasa mula menyedari hikmah kekurangan dirinya itu.

Kerana meminati bidang muzik dan sering mendengar lagu, dia dapat menjauhkan diri dari masalah dadah dan alkohol ketika zaman remaja.

“Kalau dulu saya seorang yang pemalu tetapi bila berada dalam bidang seni dan menjadi artis, saya berjaya mengatasi perasaan itu dan dapat bergaul dengan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hadir Ke Majlis Tunang & Shuib Didakwa Cepat Move On… Makder Tampil Jawab Soalan Cepumas – “Abah Arwah Siti Sarah Kata…”

‘Move on’ bukan bererti kita melupakan terus orang yang dah tiada.. Di hati rasa sayang tu mesti tetap utuh ❤️❤️

Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Tak Sangka Aafiyah Rajin Bantu Rakan OKU Di Sekolah – “Masya-Allah Anak Ibu, Penting Kita Tunjuk Contoh Baik…”

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya ❤️ Sejuk perut Siti Nurhaliza mengandungkan Aafiyah, baik budi pekerti orangnya ❤️

Featured Thu, 22 Sep 2022
Selebriti Fri, 15 Mar 2024
Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Nazim Othman Terkejut, Remaja Hantar Gambar Seksi ?

Remaja hantar gambar seksi, keterlaluan dan menggelikan?

Featured Wed, 8 Mar 2023
Featured Thu, 6 Jul 2023