Hiburan By: SGMS Faida February 24, 2018 @ 2:56am

BILA OTAI DAH BERSUARA, ‘SEBAB KORANG, KAMI MERANA’

Sejak kebelakangan ini, kehadiran beberapa usahawan kosmetik yang melangkah masuk ke dalam industri hiburan nampaknya mendapat ‘teguran’ daripada otai-otai lama.

Antaranya pelakon Arash Mohd dan Amyza Adnan! Whoah, orang lama ni wak…

Menurut Arash, industri hiburan dilihat semakin tercalar dengan tingkah laku segelintir usahawan kosmetik yang kini dah pun bergelar selebriti.

“ Kehadiran mereka memberi kesan negatif dalam industri. Abang cuma nak tegur, jangan gunakan industri ini sebagai medium meraih populariti. Akibatnya kami merana kerana ia dirosakkan dengan tingkah laku anda,” katanya dalam nada kecewa.

Tambah pelakon berusia 49 tahun ini, situasi industri dilihat ‘tenat’ bukan saja dengan nyanyian dan lakonan (mereka), malah dengan tingkah laku.

“Kita tidak tahu daripada datangnya usahawan selebriti ini, tiba-tiba nak menyanyi, filem dan tiba- tiba mahu disanjung,” katanya memberi penjelasan selepas memuat naik kekecewaannya di laman Facebook. 

Pesan Arash kepada pihak berkenaan, janganlah bersikap ‘syok sendiri’ ketika menghasilkan karya lakonan atau nyanyian!

” Mengadu penat berlakon, tak boleh dikritik apabila netizen tak suka filem itu, kamu harus sedar industri hiburan mempunyai eksklusif dan jangan biarkan ia tercalar,” katanya.

Arash berpendapat, kehadiran usahawan selebriti sekadar mahu mencari populariti demi melariskan produk.

“Saya kesal dengan situasi ini sedangkan dulu tidak berlaku. Jangan menunjuk-nunjuk sangat, jangan syok sendiri dan jangan memuji diri sendiri. Usahawan kosmetik berkenaan, dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon Amyza Adnan turut menyuarakan pendapat ‘pedas’ mengenai trend kehadiran usahawan kosmetik masuk ke dalam industri hiburan.

Komen Amyza yang dipetik menerusi status pengarah Shahrulezad Mohameddin, pelakon serba boleh ini mengulas tindakan salah seorang usahawan kosmetik yang melenting selapas lakonannya dikecam hebat! 

“ Jangan guna bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetik. Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi, masalahnya bagus ke?,” tulisnya. 

Dalam masa sama, Amyza turut berpesan “ Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung,” tulisnya yang sudah melibatkan diri dalam industri sejak 20 tahun lalu masih menerima pelbagai kritikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Oct 2022
Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

RM2,000 Sebulan Peruntukan Ruhainies Untuk Penjagaan Diri

Untunglah cantik dan kurus! Tak payah buat apa pun!

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

Abang Sulung Naqiu Kembali Ke Rahmatullah

Semoga rohnya dicucuri rahmat…