Hiburan By: Del14 November 26, 2019 @ 9:09pm

Black is Back! Protege Aedy Kama Muncul Juara Minggu ke-7!

BLACK IS BACK!

Itulah yang dapat diperkatakan setelah berakhirnya persembahan minggu ke-7 Mentor Milenia 2019 Ahad lalu. Minggu lepas, kedua-dua protege dari Mentor Black Hanifah iaitu Aedy Kama dan Bulan berada di tangga dua terbawah (bottom two) dan kita menyaksikan penyingkiran Bulan dari pentas Mentor Milenia apabila dia gagal memikat hati penonton dan juri tetap.

Minggu ini, Aedy Kama telah berjaya menebus dirinya yang sudah dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tangga dua kebawah apabila dia dinobatkan juara mingguan pada kali ini. Aedy yang membawa lagu ‘Drama’ dari Drama Band telah bergandingan dengan bekas protege Black, Qody dari program Mentor 2016 pada minggu pusingan duet. 

“Perasaan memang tak tergambarlah. Saya memang gembira sangat tapi saya sedar saya perlu bekerja dengan lebih keras lagi kerana tak semestinya kejayaan hari akan berterusan hingga ke minggu ‘final’ kerana kita masih ada tiga minggu lagi untuk sampai ke pertandingan akhir Mentor Milenia 2019.  

“Sejujurnya, saya puas hati dengan persembahan Aedy pada malam ini. Dia nampak lebih bersahaja. Lagu Drama ini dia yang pilih dah lama dah. Tapi saya suruh tunggu dulu.

“Minggu ni saya bagi dia kebebasan untuk bawa lagu yang dia nak. Alhamdullillah lagu ‘Drama’ gandingan Aedy dengan bekas protege saya, Qody berjaya menjadi juara mingguan,” kata Black kepada Xtra. 

Black juga mengakui mungkin sikapnya yang terlalu berjaga-jaga dan mengambil pendekatan yang lebih santai sebagai Mentor kali ini menyebabkan dia gagal memastikan kedudukan protegenya berada di tahap yang selesa. 

“Saya pun mungkin tersilap kerana pada minggu-minggu sebelum ini saya ambil langkah berjaga-jaga sangat. 

“Apabila Bulan terkeluar minggu lepas, saya macam tersentak! Saya rasa saya perlu kembali menjadi Mentor seperti tahun-tahun lepas di mana pada waktu itu saya lebih agresif.

“Jadi bila saya dapat kritikan dan komen kenapa saya tak macam dulu..saya sedar saya perlu bangkit dan teruskan perjuangan walaupun tinggal sebiji peluru.” kata Black lagi.

Apa-apapun tahniah team Mentor Black dan protegenya Aedy Kama kerana berjaya merampas takhta juara mingguan daripada protege Mentor Hazama, Apex Tajudin yang telah dinobatkan juara selama dua minggu berturut-turut. 

Black yang tidak dapat menahan rasa teruja apabila protege solonya dipilih sebagai juara mingguan!

Kalau terlepas menonton konsert minggu ke-7 Mentor Milenia 2019, jangan risau. Anda masih boleh menonton di saluran Youtube TV3 Malaysia Official ya? 

Kredit Foto: Zek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Sep 2022

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP […]

Featured Thu, 23 Sep 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh Rasmi, Jumlah Bayaran & Senarai Bantuan Khas Kerajaan Yang Layak Diterima

Umum maklum Bantuan Khas Covid-19 fasa pertama telah dikreditkan pada 6 Semptember lalu. Namun begitu, masih terdapat segelintir yang gagal permohonan dalam BKC Fasa 1. Justeru, ramai yang berasa lega apabila kerajaan mengumumkan akan melanjutkan […]

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

大马歌手「马来犀鸟」刘思延登《声林2》红椅!萧敬腾放话:期待抓到她缺点

《声林之王2》日前播出第二集,来自马来西亚的暖声新人Suzanne刘思延势如破竹,以改编偶像周杰伦的《彩虹》惊艳全场,成功获得评审导师们的青睐。

Featured Fri, 24 Dec 2021

“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi […]

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Nabil Mahir, Ayda Jebat Makin ‘Berani’?

Doakan yang baik-baik ajalah ok?

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Trending Hari Ini Tue, 19 May 2020