Hiburan By: SGMS Faida March 9, 2018 @ 5:14am

Blue Tick punya pasal, hubungan UNIC- Caprice dingin?

Susulan dakwaan kumpulan UNIC terhadap penyanyi Caprice yang kononnya tidak membalas mesej yang dihantar, penyanyi rap itu bangkit menangkis ‘serangan’ berkenaan!

Caprice dan UNIC berkolaborasi menerusi lagu ‘Sedar’ dan single itu sudah pun dilancarkan akhir tahun lalu. Masalah bermula apabila Caprice dikatakan enggan memberi kerjasama soal promosi. Betul ke ni?

Caprice menerusi Instagramnya menulis, “Seminggu yang lalu saya di Hot FM bersama mereka dan tiba-tiba mereka muncul dalam temubual di televisyen minggu berikutnya mendakwa saya membaca mesej yang dihantar tetapi tidak membalas,” tulisnya yang mempersoalkan tuduhan UNIC adalah tidak masuk akal. 

Tambah Caprice, UNIC tidak patut membuat andaian sendiri bahawa dia sudah membuka dan membaca mesej berkenaan.

“ Itu penipuan dan cara paling murah untuk mempromosikan lagu anda,” katanya.

Salah seorang anggota UNIC, Fakhrul mendakwa Caprice hanya sempat menjayakan promosi lagu itu beberapa kali namun sejak kebelakangan ini dia mendiamkan diri.

Dalam masa sama, Fakhrul memberitahu penyanyi berusia 30 tahun ini tidak membalas semua mesej yang dihantar dan yakin mesej itu telah dibaca kerana mempunyai blue tick (bermaksud mesej telah dibaca)

Malah dakwanya, sejak 22 Februari lalu semua mesej yang dihantar kepada pemuda itu tidak dibalas walaupun yakin ia sudah dibaca kerana mempunyai tanda biru yang membawa maksud mesej itu sudah dibaca.

Caprice menafikan hal itu dan memberitahu ada 999 mesej lain yang masih belum dibuka.

 “Tiada tanda biru. Saya kecewa kerana perkara ini boleh selesai dengan hanya satu panggilan tetapi anda pilih cara dramatik untuk buat kenyataan.

“Bagaimana anda mendapat tanda biru apabila saya tidak buka pun mesej berkenaan? Saya mempunyai 999 mesej yang masih belum dibuka.

“Maafkan saya. Saya minta maaf kepada 999 individu lain jika saya lambat atau tidak membalas mesej berhubung persembahan pentas atau pun temu bual,” tulisnya.

Tambah Caprice, kesibukannya itu turut menyebabkan pelancaran single lagunya berjudul Abang Gurau Je terpaksa ditangguhkan. 

Diharapkan ada penyelesaian terbaik antara kalian, jangan gaduh-gaduh ya…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Sep 2023

Selepas Filem Nota, Pasangan Suami Isteri Hasilkan magiK

Yasu & Bea Tanaka tampil dengan magiK!

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

李俊颉6年积蓄自资发片「梦想真的很贵」

2004年参加八度空间《大马偶像》真人秀出身的Victor李俊颉,出道至今已有14年,为圆多年发片的梦想,他不惜把6年来高达六位数的积蓄投资于新专辑。“梦想真的很贵,不过却很值得。”

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Susut 17 KG Demi Comeback, Dazrin Dah Ready Guys!

Lama tak nampak Dazrin berlakon, welcome back!

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Elvina Takut Main Bunga Api

Datin Elvina Mohamad mengakui fobia bermain bunga api apabila pernah menyebabkan rambut sepupunya terbakar suatu ketika dahulu.

Events Sat, 15 Sep 2018
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Che Ta Menyokong Tindakan kerajaan THM…

Dramatis jelita Rozita Che Wan menghela nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Korang suka yang buncit ke yang sado??