Hiburan By: SGMS Fas June 19, 2019 @ 10:45am

‘’Boleh Guna Gajet Tapi Bukan Setiap Masa’- Amyra Rosli Tak Galak Anak Pegang Tablet 24 Jam

Seiring peredaran masa, bukan hanya orang dewasa yang menggunakan gajet malah penggunaanya juga meluas di kalangan kanak-kanak.

Kalau kita perhatikan di pusat membeli belah, ramai ibu-bapa memberikan anak kecil mereka memegang telefon pintar atau tab agar tidak meragam di tempat awam.

Bagi pelakon Amyra Rosli, dia menghadkan penggunaan gajet untuk anaknya, Aqeef Anaqi.

“ Bukan tidak bagi langsung tetapi saya mengawal tempoh penggunaan. Tengok kepada keadaan juga.

“ Kalau setiap masa saya beri Anaqi tatap skrin, tak baik untuk mata dan beri kesan besar kepada dirinya,” katanya kepada Xtra ketika ditemui di acara kempen jualan telefon pintar ‘Oppo Reno 10xzoom’ di Sunway Pyramid semalam.

Tambah pelakon drama Nur 2 ini, dia percaya dengan penggunaan gajet tanpa had, ia bakal mengganggu kualiti keibubapaan dan memberi impak yang negatif kepada tingkah laku anak.

“ Saya sentiasa pantau apa yang ditonton oleh Anaqi. Saya faham gajet juga diperlukan untuk tujuan pendidikan. Tetapi perlu ada batasan terutama untuk kanak-kanak.

“ Bukan apa, saya bimbang apabila terlalu kerap gunakan gajet, anak kurang berinteraksi pula. Jadi perlu seimbang dan berpada-pada,” katanya yang bakal sibuk dengan perniagaan minuman kesihatan, Juzfit FiberShot selepas musim perayaan Aidilfitri ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Jun 2023
Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Terbaiklah! Kak Lina Pom Pom Disambut Meriah Di Kuala Krai

Dia sekeluarga juga meluangkan masa selama lebih dua jam untuk beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.