Seiringan dengan demam bola yang kian menular sekarang, Dato’ Seri Vida khabarnya turut terkena tempias Piala Dunia Rusia 2018.
Beliau yang melancarkan lagu dan klip baru berjudul “Lavida Go Bola”. Lagu yang dicipta oleh Cat Farish, Mimi Fly dan Illegal itu diharap akan menjadi viral seperti dua lagu sebelumnya, I AM Me dan LAVIDA RAYA.
Jika dilihat pada video dan melodi lagu ini, ternyata ia mempunyai warna-warna kemeriahan seolah-olah lagu Piala Dunia yang pernah dipopularkan oleh Shakira suatu ketika dulu.
“Orang nak kata saya nak jadi Shakira pun tak mengapalah, sebab saya hanya nak semua orang merasai kemeriahan Piala Dunia 2018. Lagipun, inilah caranya saya nak menggalakkan orang minum Pamoga untuk kekal sihat walaupun setelah bersengkang mata menonton Piala Dunia sampai pagi”, ujar Dato’ Seri Vida ketika ditanya mengenai lagu barunya.
Cik B juga terlibat dalam pembikinan lagu dan klip video ini bersama-sama adiknya, Kacak.