Hiburan By: Del14 August 21, 2019 @ 2:58pm

Catriona Ross Diburu Anak Ikan?

Walaupun drama Cindai produksi terbaru JS Pictures bagi slot Samarinda TV3 masih lagi dalam penggambaran, namun para peminat sudah tidak sabar menunggu drama lakonan Catriona Ross, Ayda Jebat, Raysha Rizrose dan Niezam Zaidi ini ditayangkan. Pelakon berbakat Catriona Ross membawa watak sebagai Dato Seri Kalsom, seorang CEO syarikat yang berkahwin dengan pekerjanya yang jauh lebih muda telah berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar dan aksi lakonannya di dalam laman instagram milik beliau iaitu @catrionabrianross dan ianya telah mendapat banyak reaksi dari peminat-peminatnya.

Rata-rata ramai yang yang berkongsi pengalaman bersuamikan ‘anak ikan’ atau berkahwin dengan isteri yang jauh lebih tua dari diri mereka dan mengatakan ianya tidak mustahil untuk kekal bahagia walaupun terdapat perbezaan dalam jurang usia.

Drama bersiri Cindai, slot Samarinda TV3 lakonan Catriona Brian Ross dan Niezam Zaidi

Catriona yang terkenal dengan sikapnya yang peramah dan tidak kisah untuk melayan komen-komen peminatnya meluahkan rasa terkejut pabila menerima mesej-mesej untuk berkenalan dari lelaki-lelaki yang lebih muda walaupun drama itu belum lagi ditayangkan.

“Peminat perlu sedar bahawa Catriona Ross di luar sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak bukanlah Catriona Ross yang melakonkan watak-watak di dalam drama atau filem yang saya lakonkan. Saya masih waras dan sayang dengan keluarga saya. Masakan saya sanggup tiba-tiba hendak mempunyai ‘skandal’ dengan orang lain walaupun watak saya di dalam drama sebegitu?”

Drama Cindai akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00-11.00 malam bermula November 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Events Mon, 20 Jan 2020

Showcase #AJL34 Curi Perhatian Lebih 1K Penonton!

Kehangatan #AJL34 Kian terasa!

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Super Junior Will Comeback With Repackaged Album Soon!

The Kings of Hallyu will be back with their newest repackaged album! ELFs are you guys ready to see the boys on TV again?

Featured Mon, 4 Dec 2023

“Kalau Korang Maki Melayu, Siapa Lagi Nak Sokong!”- Amir Ahnaf

Betul tu! Kalau asyik nak kondem sampai ke sudah tak jadi apa 🔥

Hiburan Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Tue, 16 Jan 2024

‘Cover’ Lagu Jangan Mati Rasa Itu, Nyanyian Mila Jirin Ubati Rindu Peminat- “Merdunya, Please Buat Comeback!”

Menusuk terus sampai kalbu! Min memang tak boleh move on dengan cover Mila nih😍😭