Hiburan By: Del14 January 20, 2020 @ 10:00am

Dapat Bantuan RM100,000 Puteri Balqis Nak Main Forex?

Kisah sedih pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin yang ke-19 dan Anugerah Televisyen Asia 2014 ketika berusia 7 tahun, menjadi perhatian ramai apabila kini mengalami kesempitan hidup bersama ibunya, sehingga terpaksa menjual buku puisi hasil nukilannya ’38 Poems of Puteri Balqis’ di jalanan.

Bukan sahaja mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap, Balqis juga menghidapi penyakit misteri sejak dua tahun lalu.

Namun, selepas kisahnya ditayangkan melalui program BersamaMu di TV3, ramai pihak yang lebih celik terhadap kesusahan yang dihadapi Balqis dan ibunya tampil untuk menghulurkan bantuan dan dikatakan bantuan yang dikutip setakat ini sudah mencecah RM100,000!

Baca:Puteri Balqis Terima Sumbangan Lebih RM100,000 Selepas BersamaMu

Baru-baru ini, Balqis dan ibunya dijemput oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri untuk berkongsikan keperitan kisah hidupnya dan antara soalan yang ditanya oleh Aliff ialah apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000 tersebut. 

Apa yang mengejutkan tentang jawapan Balqis ialah dia langsung tidak menyebut tentang rawatan yang akan diambil bagi mengubati penyakitnya atau sama ada dia akan menggunakan wang tersebut untuk menyambung pembelajarannya yang terbengkalai sejak jatuh sakit. 

Balqis berkata dia sebahagian daripada duit itu akan disimpan, ada yang akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan dan sebahagian akan dilaburkan dalam pasaran Forex. 

Klip rakaman video tersebut menjadi tular di twitter dengan hampir 2,000 retweet dan rata-rata ramai yang terkejut dengan jawapan pelakon Akulah Balqis itu. 

 

Ramai netizen meluahkan pendapat supaya bantuan tidak diberi di dalam bentuk wang tunai kepada pelakon cilik itu dan sebaiknya disalurkan terus untuk membiayai rawatan dan yuran persekolahannya kerana kanak-kanak seusianya masih bersekolah di tingkatan satu.

Masakan bantuan yang diberi akan dilaburkan dalam pasaran Forex yang tidak menentu seterusnya Balqis boleh kehilangan wang yang didermakan orang ramai yang bertujuan untuk membantu menyara hidup dan merawat penyakitnya?

 

Kredit Foto: Instagram @plannerana.my & Twitter @schxrxsli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Alahai…Selena Gomez Masih Belum Move On?

Menurut portal berkenaan, penyanyi lagu Wolves ini berharap perkahwinan itu tidak akan menjadi kenyataan.

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Jalan Licin, Kereta Afieq Shazwan Terbabas Di Lebuh Raya!

Berkongsi pengalaman cemas semalam, kereta Afieq tiba-tiba terbabas di tengah jalan akibat jalan licin ketika hujan. 

Featured Wed, 5 Jul 2023
LIFESTYLE Tue, 27 Nov 2018

Pencarian Safari GROM Kembali Lagi, Jom Ke Cherating Pada 7-9 Disember Ini

Acara tahun ini juga terbuka kepada dua kategori iaitu shortboard dan longboard dan peserta bakal menang hadiah wang tunai RM 3000 dan Modenas Pulsar NS 200. Nak menang? Jumpa anda di sana okay?